Sunday 30 December 2012

Rumah keduaku

Assalamualikum...

Biasanya istilah 'rumah kedua' atau' rumah nombor dua' lebih sinonim dengan orang lelaki. Al maklumlah, lelaki boleh bina empat buah rumah kalau dia mahu dan mampu. Tapi kalau Sifu Tuan Haji Imran, lebih sepuluh buah rumah pun dia boleh buat, dia mampu. Tapi 'isi rumahnya' satu je. Hehehe

Seperti aku, istilah 'rumah kedua' merujuk kepada tempat yang selalu aku pergi, sering aku kunjungi dan memang dah jadi tempat istirehat aku. Kat mana? Mana lagi kalau bukan HOSPITAL.
Aku sakit? Memang benar aku tak sihat, tapi kadang-kadang ada juga aku masuk hospital sebab aku yang meyakitkan diri aku sendiri. Stress, itulah penyakit yang selalu melanda diri dan tak boleh aku elak dan aku juga tak berdaya mengelaknya. Ni la kelemahan aku.

Masih aku ingat peristiwa 2008, tahun aku menduduki SPM. First result aku okey je, cantek... Tapi nak dijadikan cerita, ada la sorang makhluk Allah ni yang buat aku stress, masa tu kira memang stress gila sampai aku dah nak naik gila. Ada la kerja gila yang aku buat, tapi Alhamdulillah, aku masih bernyawa. hehehe

Perjalanan 2012 bagi aku suatu perubahan besar dan sangat bermakna dalam hidup aku. Tapi ku sangka panas sampai ke petang, kering ler baju aku jemur, namun apakan daya, hujan di tengah hari, siap dengan ribut taufan tsunami sekali datang melanda. Fuh, letih macam ni.

Sekitar bulan Mei aku berehat di rumah keduaku. Time tu kulit aku ada luka, nak kata teruk, tak la sangat. Tapi kalau nak dikatakan tak teruk pun, teruk jugak sampai aku terpaksa jalani operation untuk buang sel kulit mati. Kalau dah namanya pembedahan, risikonya rasanya semua orang tahu. Lebih kurang 3 hari aku puasa sebelum operation dilakukan. Masuk sebeg darah waktu tu sebab aku tak cukup darah. Stok darah dalam badan aku tak cukup. Antibiotik jangan cerita, entah berapa lama aku dimasukkan antibiotik. Kalau ada siapa-siapa yang pernah kena cucuk antibiotik, diorang tahu ler betapa 'nikmatnya' sewaktu ubat tu menjalar masuk dalam badan. Bila habis sebotol, ah, lega, berehat sebentar bersama kit kat macam iklan tu. Hehehe. Lepas tu datang pula jarum lain. 3 kali sehari masuk antibiotik dalam badan. Sakit tak perlu cerita. Time operation dilakukan, aku dibius cinta, eh silap, tu lagu kan, hehehe. Aku dibius seluruh tubuh, bila dah tak sedar, senang la doktor buat kerja. Kalau tak sedar terus, takde la aku menulis lagi malam ni. Hehehe. Lepas tu kena pakai oksigen, aduh, Tuhan je tahu. Eh, macam tajuk lagu pula..

Sebelum raya Aidilfitri, means dalam bulan puasa la, ada la benda aku salah buat. Tuhan bayar cash kat aku. Hah, ambik kau! Aku eksiden, benjol kepala aku dek stereng kereta aku sendiri. Lari dari rel otak aku, atau dalam bahsa mudahnya, kesot otak. Blurr sekejap time tu. Apa yang ada di hadapan aku, itulah yang aku tahu. Benda berlaku 4 tahun lepas, sorry to say la, i forget everything. Dan kerana peristiwa itu, menginap la aku di hospital buat kali kedua untuk tahun ni. Alhamdulillah sekarang dah baik.

Baru-baru ni, tanggal 12.12.12, tarikh lawa tu, sekali lagi aku stay kat hospital. Actually aku stress. Lepas peristiwa eksiden tu berlaku, macam-macam ujian aku terima. Yang paling buat aku stress dengan manusia bernama A... Aku malas nak cerita panjang lebar tentang mamat tu, aku tak nak kutuk siapa-siapa dalam blog, itu salah guna kemudahan internet namanya. Lepas tu, makhluk Allah R..... pula tuduh aku macam-macam. Dia fitnah aku. R..., ketahuilah olehmu bahawa menfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Andai saja R... baca. dan ada lagi perkara kecil-kecil yang lain, yang tak dapat aku ceritakan satu persatu, tapi yang pasti, semuanya buat aku stress. Berehat sekejap sahaja, 19.12.12 aku keluar. Tinggal kat hospital pun rilek je, aku drive sendri ke hospital, balik pun aku drive sendiri. Nampak macam orang sihat. hahaha

Tapi inilah pengalamanku sepanjang tahun ini..

Thursday 29 November 2012

Bukan janji tapi pasti

Assalamualaikum..
Kadang-kadang hati jie terasa terusik dengan pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang dan tak pernah putus-putus. Jie faham andai ujian itu tanda Allah syangkan hambaNya, untuk dia menguji sejauh mana kekuatan hambaNya.Dan Jie yakin yang Allah tak akan memberi ujian kepada hambaNya melebihi tanggungan dan kemampuan hambaNya, Yeah, yakinlah dengan janji Allah.

Setiap yang berlaku, samaada baik atau buruk, pasti ada hikmanya tersendiri. Sebagai manusia biasa, seharusnya kita kutip hikmah di sebalik setiap kejadian. Andai sesuatu yang buruk menimpa, usah dikesali mahupun diratapi. Tapi muhasabahlah diri, apa yang pernah kita lakukan, kerana setiap sesuatu itu berlaku adalah rentetan dari apa yang kita lakukan dulu. Andai sesuatu yang baik dikecapi, bersyukurlah pada pemilik alam semesta ini. Dan berrazamlah agar diri dikuatkan agar sentiasa berada di landasan yang benar, yang sentiasa melakukan perkara yang betul.

Allah itu maha Bijaksana. Dia menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Seperti malam bersama siang, yang takkan terpisah. Jua bulan dan bintang yang saling memerlukan. Sama seperti kejadian lelaki dan pasangannya perempuan, yang diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Bak kata pujangga, seperti lagu dan irama, andai terpisah pincanglah tempo..
Dan kebijaksanaan Allah itu juga, Dia merahsiakan jodoh pertemuan manusia semua. Tapi janji Allah dalam Alquran, 'sesungguhnya wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat itu untuk lelaki yang jahat dan sebaliknya.'

Apapun yang berlaku, jangan pernah berhenti berharap padaNya, kerana hanya Dia yang Maha segala-galanya. Setiap yang berlaku, ditimpa musibah, kesedihan, kegembiraan, kesunyian atau apa-apa sahaja, adulah pada Dia, Yakinlah Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya..
Tentang jodoh, yakinlah telah tertulis segala-galanya di luh mahfuz lagi semenjak manusia itu dari rahim ibunya lagi. Sama jua dengan kematian, yang bukan satu janji, tapi pasti..

walau aku tak sempurna, aku yakin dengan janji Allah. Dia memberikan aku sakit, dan pasti Dia menemukan aku dengan seseorang yang bisa 'mengangkatku' tika aku rebah..



Friday 16 November 2012

Apakah SKOR A Kan Tinggal Kenangan Buatku??


Mungkinkah pengalaman suka duka yang pernah aku lalui dahulu bersama SKOR A kan tinggal memori sahaja dalam hidup aku? Tangis tawa aku bersama rakan di SKOR A akan menjadi kenangan di ingatan? Atau mungkin jerih payah yang terpaksa ditempuhi aku bersama partner-partner lain di SKOR A hanya mimpi indah di hidupku, dan mimpi itu akan menghilang pabila fajar pagi datang mengusir bayu malam pergi..

Selama hidup aku, 16 tahun dahulu, aku sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri aku sendiri, dan mengusir rasa rendah diri yang sering bertandang. Aku mencari dan mencari, supaya aku mampu hidup seperti insan-insan lain. Punya kehendak dan tiada siapa atau apa yang bisa membatasi. Pernah suatu masa dahulu, aku terpaksa berhenti dari mengikuti kelas tution gara-gara masalah kewangan.

Masih belum berjaya atasi rasa rendah diri, aku diuji sehingga aku hilang terus kepercayaan pada diri. Semangat yang pudar kian pudar dari warnanya. Tak pernah lansung terfikir untuk cuba bangun. Apa yang ada di fikiran hanya satu..”Bila aku akan mati, supaya semua kesakitan ini kan berakhir.” Jujurnya persoalan itulah yang sering bermain di fikiran.

Namun semua itu sudah 5 tahun berlalu. Telah lama aku tinggalkan. Kini aku hanya ingin mencari balik semangat dulu yang hilang. Dan aku akui, aku temuinya di…. EDATA, bersama SKOR A. aku mulai belaja untuk berhadapan dengan orang ramai, mencuba tuk bina kekuatan berhadapan dengan dunia kini yang kian mencabar. Kekuatan yang datang dari kejatuhan semalam. Namun aku sering di salah tafsir mereka.

Wang… itulah yang sering manusia kejar dalam hidup. Everything need a money, but money is not everything. For me money is nothing… memang dulu itu yang aku cari. Tapi kini baru aku sedar, kebahagiaan itu bukan tercipta dari duit semata-mata. Apa guna duit berjuta andai jiwa merana. Walau aku tak kaya, bukan anak oprang berada, tapi aku rasa cukup dengan apa yang aku miliki kini. Andai bisa ku tukar kesakitan in dengan wang ringgit, aku sanggup. Aku tetap aku, yang “tak suka berhutang, dan dihutang.” “no debtor and no creditor”..

Apa yang aku cari selama 5 tahun lepas, hampir aku jumpa bersama SKOR A, iaitu sebuah keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri. ‘I believe I can do it.’. yeah, believe itu penting.. thanks for Cik Mhd Noor dan yang lain.. kini aku yakin dengan diri sendiri, aku tak boleh mengalah, aku harus bangkit. Takkan ku sia-siakan anugerah ini..
Namun bagaimana diariku bersama SKOR A? Perlukah aku berundur, hanya kerana itu,, kerana………
Wallahualam.

Kenangan aku di EDATA..


Di office EDATA KB


SAMA

En. Fahdi, Mentor aku..


Friday 9 November 2012

bingung

Apa sebenar perasaan ini? Berkecamuk? Berombak? hai... Dah macam ombak rindu la pulak. Aku sendiri pun tak mampu mentafsir ia. memang kdang-kadang aku bingung, saru dan macam-mcam lagi. "Ah, aku lemas dipukul ombak nkeliru di pantai buntu'

Tuesday 18 September 2012

Tuesday 11 September 2012

Imejku Kini..

Tudung jenama Akel, bidang 60', wrna hujau cair.. rm 25


Tudung Rozella, bidang 60', rm 20

Tudung Rozella, bidang 60', warna purple terang, rm 20
                                                                              
Tudung Rozella bidang 60', warna pink, rm 20



Tuesday 4 September 2012

Jejak Kasih bersama kawan-kawan lama

Assalamualaikum..

Raya tahun ni aku rasa gembira sebab aku dapat ke mana sahaja beraya tanpa perlu meminta tolong dari siapa-siapa. Alhamdulillah, usaha keras aku sewaktu buat lesen dulu, terasa berbaloi kini. Terasa bebas kini. Mana tidaknya, 7 ke 8 kali aku ke JPJ Panji, semata-mata untuk mendapat kelulusan untuk buat lesen, kelulusan modified kereta aku, kelulusan untuk menggunakan kereta sendiri untuk test JPJ dan pertukaran status pemilikan geran kereta. 2 kali kie puspakom untuk proceed proses pertukaran status pemilikan geran kereta. 2 kali ke hospital untuk dapatkan pengesahanj tahap kesihatana aku untuk meluluska aku untuk buat lesen.. Fuh,, letih

Berkali-kali berulang-alik ke sekolah memandu lubok jong, dengan kak Moh, ma Siti Aminatul, merangkap cikgu memandu aku. Tapi belajar gitu-gitu jer, aku dah pandai.. Hahaha

Alhamdulillah, Mei lepas aku dah dapat P. Tapi time aku baru lesen L pun, dh jauh aku drive. Darah berani. huhuhu..
Raya ni aku jumpa kawan-kawan lama yang aku rindu. Tapi sayang, aku tak jumpa kawan-kawan aku dulu, sebab aku tak ingat diorang. Aku beraya tahun ni dengan ingatan yang sedikit terganggu. Tapi tetap aku bahagia...

Bawah ni gambar raya aku, jejak kasih bersama kawan-kawan lama...

Hari raya kedua (2 Syawal), beraya  rumah Mardiatul Azira, my bestfriend ex-SKRP  2003
Hari raya ketiga (3 Syawal), beraya rumah Afifah, bersama Kak Ayu, Izzati  n Siti(yg ambik gambar ni), kawan ex MATM 2006


#Raya ke empat (4 Syawal) lepak kat rumah jer..hehe

Hari raya ke lima (5 Syawal), gi makan kenduri kahwin kak fatin, classmate ex-MMP. Tp ni gambar dengan my bestfriend, Siti Aisyah Ismail Shauki, ex-MMP. Yg nyibuk belakang tu, abang dia..hehehe



Lepas balik dari Pasir Mas, rumah Kak Fatin, singgah rumah terbuka Qah, (tapi takde gambar)..
Lepas tu jumpa Saidah and the geng, ajak gi beraya rumah Hakimi Saudee, ex-MATM 2006 also ex-MMRP 2008, Majlis kahwin Kak Afifah..












Bila Aku putuskan..

Assalamualaikum.
.
Membuat keputusan bukanlah mudah, apatah lagi keputusan yang bakal merubah hidup kita di masa hadapan, dan keputusan yang akan menentukan kehidupan kita untuk jangka masa yang lama. Menerima seseorang dalam hidup kita yang yang berlainan jantina dengan kita, yang kita akan berkongsi hidup dengannya sepanjang gidup kita, bukanlah sesuatu yang remeh..

Namun aku putuskan.. Mmemang dasarnya bukan kehendak hati aku, tapi sekadar menutup kelukaan di hati. Namun apakah bisa ku tutup parut di hati, menahan dari darah merah terus mengalir?

Cukuplah aku patah hati dua kali. Pertama bila aku melafazkan cinta, kemudia dipermainkan. Kemudian aku putuskan untuk menyulam sendiri cinta yang hadir buat kali kedua. Tapi akhirnya aku hampa..
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini menghadapi ujianMu, relakan hatiku untuk melepaskannya yang bukan milikku, Dan ikhlaskanlah aku dengan kebahagiaan mereka..

Patah hati dua kali, memaksa aku putuskan menerima dia, yang tak pernah aku cinta. Status aku cuma untuk buat aku tak rasa kesunyian. Aku mencipta dia, semata-mata untuk melupakan dia..


thanks for garnier light yg touch up my face. hehe

mngukir senyum selepas semuanya selesai...

Monday 27 August 2012

Membiarkan lebih baik dari memaksa untuk mengingati..

Membuat keputusan adalah sesuatu yang bukan mudah untuk aku. Apatah lagi dalam keadaanku kini. Hampir 50% ingatanku hilang. Aku harus memulakan hidup baru, menjalani apa yang ada di hadapanku, tanpa menoleh lagi ke belakang, tanpa mengingati masa laluku yang penuh kelukaan.

Namun putaran hidup, adakalanya kita di atas, dan adakalanya pula kita di bawah. Adakalanya kita bahagia, dan adakalanya kita berduka. Sebagai manusia biasa, kita takkan terlepas dari di uji. Cuma setiap manusia akan diuji berbeza mengikut kemampuannya..
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"... Sebaris ayat yang selalu menemani hidupku, yang membuatkan aku yakin akan qada' dan qadarNya..

Aku seperti baru bangun dari tidur yang panjang, lantas merangkak-rangkak mencari identiti diri yang telah hilang. Tapi itu semua bukan mudah bagi diriku. Jadi aku putuskan, untuk tempuhi apa yang di hadapanku. Apa yang pernah ku lalui dulu, biarkan berlalu.

Insan yang dikatakan pernah rapat denganku, Adawiah dan Amirudin, aku tak rasa pun yang aku rapat dengan mereka. Aku lansung tak boleh mengingati mereka walau aku mencuba sedaya.
Adawiah, seorang perempuan, mungkin aku pernah rapat dengannya, tapi aku lansung tak dapat mengingatinya.Mustahil aku tak dapat mengingati insan-insan yang dikatakan rapat denganku. Seperti Aisyah Ismail Shauki, kawan dari mahad perempuan,4 Akaun 1, walau terpisah bertahun-tahun, aku masih dapat mengingatinya. Aminatul Zahrah, kawan dari mahad ahmadi tanah merah, masih lagi kawan aku sampai ke hari ini. Mardiatul Azira, kawan dari SKRP(Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang), dari terpisah sewaktu sama-sama melanjutkan pelajaran ke alam menengah, aku ke sekolah arab dan dia ke SMKRP, masih lagi bersahabat seperti biasa, dan baru-baru ni aku beraya ke rumah dia.. Itu antara bestfriend aku yang aku dapat ingat. So, Adawiah tak ada dalam list kepala otak aku..

Amirudin, seorang lelaki, katanya abang angkat aku. Walaupun aku tak kenal diri aku sendiri, tapi apa yang aku tahu, AKU BUKAN MUDAH DENGAN MANA-MANA LELAKI. Nak main angkat berangkat, hisy,, itu bukan aku la. Apatah lagi aku diberitahu yang Amirudin banyak tahu tentang diri aku, dia lebih kenal aku berbanding diri aku sendiri. Takkan la aku sewenang-wenagnya menceritakan tentang kisah hidup aku pada seorang lelaki yang bukan muhrim denganku, melainkan,, kalau aku ada hati pada seseorang itu.

Aku pernah ada hati pada Amirudin, sebab itu aku menceritakan banyak kisah hidupku pada dia? Mungkin ya, mungkin juga tak. Aku tak boleh ingat. Tapi apa yang aku rasa, memaksa ingatanku untuk mengingatinya membuatkan aku rasa pedih. Lantas aku putuskan untuk tidak mengingati beliau. Biarpun dikatakan aku pernah rapat dengannya, pernah menjadi adik angkat beliau, biarkan ia berlalu begitu saja.

Tiada istilah RAPAT antara aku dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi nak berabang angkat, adik angkat, hisy, geli kot. Aku pernah patah hati bila melihat orang yang aku suka dalam diam berbahagia kini bersama pilihannya. Kerana itulah aku tak mahu rapat dengan mana-mana lelaki, kerana setegar-tegar aku pun, bisa lumpuh dengan perasaan. Tapi itu dulu. Kini tiada lagi ruang di hati aku, tertutup kemas..

Aku terima apa adanya, walau bukan inginku.. (Bersambung ke entry seterusnya)

Sama seperti Adawiah, aku tak dapat mengingatinya, dan aku tak mahu memaksa ingatanku untuk mengingatinya. Lets bygone be bygone...

Aku ingin bebas, melayari hidup kini, tapa memori lepas..


Aku selesa dengan penampilan aku kini, bertudung labuh, lebih baik dari 'aku' dulu...

Monday 16 July 2012

Hikmah

Di sebalik sesuatu yang terjadi, tentunya ia sudah direncanakan Ilahi dan ia adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kadang-kadang kita tak menyedarinya. Apa yang kita mahu tak semestinya baik untuk kita. Kadangkala, kita mencuba sedaya untuk mendapatkan sesuatuu, tapi kita tak dapat memilikinya. Allah tak memberinya untuk kita, lantas kita bersedih kerananya, sedang tanpa kita sedari, Allah sedang merancang sesuatu yang tgerbaik untuk kita..
"Kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik."

Monday 18 June 2012

Ku Bersyukur Aku Bergelar Kaum Hawa


Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..


Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..


Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.


Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa


Wednesday 6 June 2012

I Miss You..

I miss you, miss you so bad,
I don't forget you, oh its so sad,
I hope you can hear me, cause I remember it clearly..

The day you slipped way,
Was the day that I found it wont be the same.

I did't get around to kiss you,
Good bye on the hand,
I wish that I can see you again,
I know that I can't.

I've my wake up,
Won't you wake up,
I keep asking why,
And I can't take it,
It wasn't fake it,
It happened you pass by.

Now you're gone, there you go,
Somewhere I can't bring you back,
Now you're gone, there you go,
Somewhere you not coming back,

Monday 4 June 2012

Be Positive..

Aku ingin menjadi insan posotif..
Yang takkan tunduk pada anasir luar..
Yang datangnya sekadar mengganggu..

Sunday 3 June 2012

Experience for second operation..

Wajah pucat sebelum pembedahan

Menanti saat pembedahan dengan penuh nervous..

Saturday 2 June 2012

Kisah Aku

"Assalamualaikum cinta,
Waalaikumussalam rindu,
masuklah bersama kejujuran.."

Sebenarnya aku boring duduk macam sekarang. Aku sakit, memang ya, so doktor advice aku tinggal saja di rumah. Berehat. Hari-hari aku lalui, terperap dalam bilik, mengadap laptop. nak buat something agresif sikit memang tak boleh. Ye la, luka pembedahan belum sembuh sepenuhnya. 2 hari sekali aku drive kereta ke hospital untuk cuci luka. Sakit tak perlu dicerita lar.

Nak tengok tv? Malas nak naik atas. Dalam laptop pun takde cerita, baru jer aku format sendiri. Ah, time macam ni la aku banyak termenung. Teringat balik kisah dulu, tambah pula kawan baik aku nak bertunang tak lama lagi. Kawan baik aku sekolah rendah dulu dah lama bertunang. esok lusa, kawan sepermainan aku time kecik-kecik dulu akan kahwin. Bestfriend aku pun sudah kahwin.

Teringin nak kahwin ke? Tak la. Kahwin tu mungkin aku rancang dalam 2 tahun lagi kalau ada jodoh dan ada yang sudi. Cuma teringin rasa disayangi seperti insan lain memang itu naluri aku. Aku ingin disayangi oleh orang yang aku sayangi..

"Aku tak mahu orang lain rampas orang yang aku sayang, meskipun aku tahu, aku tak mampu buat dia bahagia"

Friday 1 June 2012

Beza bila bersama dengan orang kita sayang dan tidak

Ramai sudah kawan2 aku yg brgelar tunangan orang, mahupun isteri orang. Memang aku bahagia bila kawan2 aku bahagia. Tapi tipulah jika aku mengatakan yang aku sedikitpun tiada rasa cemburu melihat insan2 lain gembira. Aku juga berhak bahagia, namun takdir tak berpihak kepadaku. 

Semenjak aku mengenali cinta, aku tetapkan hanya satu cinta pada hati aku yang satu. Selama itulah aku tak pernah mencuba untuk 'mengubah arah' atau 'berpaling mencari yang lain'. namun aku tahu, bila aku mengakui tentang kesetiaan aku, ramai akan memberi sindiran pada aku. Ye lah, aku pun tak terlepas dari bersama dengan lelaki lain.

Namun harus dibezakan, bersama lelaki yang kita cintai dengan lelaki yang tak kita cintai. Kadang2 aku menjadi 'bahan mainan' classmate lelaki aku. berbual bersama, bergambar bersama, tapi aku tak merasakan apa2. Malu? Memang la ada perasaan malu, mereka bukan kaum sejenis dengan aku, namun malu aku biasa2 saja. Control? Takde maknanya. Kalau aku nak gelak, ketawa, so do it. xde nak control ayu atau apa2. pemakaiana aku pun simple, apa aku nak pakai, aku pakai.Perfume, smbur sekali dua cukup la. One drop perfume, kadang2 ingat, aku guna, kadang2 tak. Iron baju pun ala kadar je, asal hilang kedut, sudah la. Kalau dapat markah rendah dalam kelas berbanding budak2 lelaki, biar je la.

Tapi bersama orang yang kita cintai, memang jauh banding. Kadang2 termasuk dalam spesis hipokrit juga la. Baru janji nak jumpa, senyum dah melebar sampai ke telinga. On the way nak jumpa, dalam kereta, macam2 terbayang, senyum tak perlu cakap ler, melebar dari semalam lagi. Malam sebelum tu, iron baju sekemas2 mungkin. Sampai jadi 'side', fuh, tajam woo. Baju pula dipilih berkali2. Buka satu almari, ambil yang ni, letak, kemudia ambil pula yang lain, letak. Pendek kata berkali2 pilih. Biasanya pilih yang paling mahal, paling cantik, paling elegant dan semua la. Nak kena padankan dengan tudung pula. Buka almari koleksi tudung pula, mak aih, bertmbun, semua ada, selendang, ariani, shawl, bawal, tudung labuh. Semua ada la. Tapi tudung Akel bidang 50 juga jadi pilihan.

Siap iron baju dan tudung, sangkut tinggi2. Kemudian sembur perfume hampir separuh botol. Bukan sejenis, dua jenis perfume pula tu. Pagi2 lagi sudah bangun, siapkan diri. Disapunya krim tebal dua inci kat muka, tambah bedak asas, foundation. Eye liner memang tak ketinggalan. Lipstik, yang warna paling mengancam sekali jadi pilihan. Lepas siap pakai baju, perfume sakali lagi. One drop perfume x ketinggalan. Siap masukkan dalam beg lagi. Sarung kaki yang paling baru, yang itulah yang akan dipakai. Masuk dalam kereta, air wick sekali. (biar air wick pun pow yang kereta abang punya). Bila dalam kereta, happy semacam. Setiap lagu yang diputarkan DJ jadi ikutan.

Bila berjumpa, dari jauh lagi hati mula berdegup kencang. Bila berhadapan dekat, mak aih rasa nak luruh jantung. Bila bersebelahan, cuba berlagak biasa. Perasan kononnya mature. Tapi Tuhan je tahu, hati terasa kejang, terasa hampir2 nak luruh. On the way pulang, sengih macam kerang busuk sorang2 dalam kereta. 

Ahhh,, begitulah rasanya..kenangan terindah, 13.4.12 (jumaat) di klinik desa repek..

bersama classmate d mjls hri rya, xde rsa apa2 pn..hehe


Thursday 31 May 2012

If I Fall in Love Once More..


Now that you're gone, I have to struggle just for a single breath
You took away apart of my soul
Living alone is like living without a purpose, how am I supposed to continue on living this life?

If I fall in love once more, show me a place for him in my heart that you haven't completely settled in yet. When the time comes, I'll have to close my eyes & whisper 'I love you' with the shadow of image in the back of my mind.


Saturday 26 May 2012

Penantian bhg. 2


Satu-persatu helaian diari lama miliknya dibaca. Tentang kisah hidupnya di awal usia remaja. Tidak ketinggalan detik-detik manis yang dilaluinya dulu bersama Zikri. Marina memang gemar menulis diari. Setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya akan dicatat. Lebih-lebih lagi kisah cinta yang dilaluinya bersama Zikri, semuanya tercatat. Tiada satu pun ketinggalan. Setiap tarikh dan peristiwa yang berlaku antara dia dan Zikri semuanya bagaikan penting baginya, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah peristiwa besar yang memisahkan mereka berdua.

Air mata Marina terus mengalir. Semakin lama semakin laju menuruni pipinya. Diambilnya sebuah buku tulis yang dijadikan buku luahan hatinya lantas dibaca satu persatu. Buku setebal kira-kira 80 muka surat memuatkan ayat-ayat cintanya terhadap lelaki itu. Sehelai pun tidak ketinggalan. Setiap helai tercatat tarikh tersendiri. Hati Marina terasa pedih bagai dihiris-hiris sembilu. Air mata yang mengalir tak mampu dibedung lagi. Dirinya bagaikan lemah, tak bertenaga. Terasa lesu setiap urat sarafnya. Lalu terjelepok Marina jatuh dari kerusi rodanya ke lantai. Tangisannya kini semakin kuat. Digenggam erat beberapa helai kertas yang dibukukan kemas bertajuk ‘Epilog Terakhir Dari Seorang Insan Bernama Kekasih’. Seingat Marina, tulisan itulah pemberian terakhirnya kepada Zikri sebelum dia meninggalkan sekolah. Salinan asal masih bersamanya. Marina terfikir, bagaimana dengan epilog yang sama yang pernah diberikan kepada Zikri bertahun-tahun yang lalu? Adakah masih disimpannya, atau dibuang, sama seperti mudahnya Zikri ‘membuang’ Marina dari hidupnya.

Suara Puan Syamsiah dari luar mengejutkan Marina. Ibunya sudah pulang. Marina terasa lemah longlai untuk bangun. Namun dia tidak mahu ibunya melihat dia dalam keadaan begitu. Dengan segala kudrat yang masih tersisa, Marina mencuba bangkit ke kerusi roda kembali sambil mengesat tangisannya.
“Assalamualaikum. Ina dari mana ni?” Soal Syamsiah apabila melihat Marina datang dari arah belakang.
“Waalaikumussalam. Ina dari belakang, mak. Tolong kemaskan kawasan situ.”
“Lain kali, tak perlu lah Ina susah-susah kemaskan kawasan belakang tu. Biar mak yang buat. Alhamdulillah, ada rezeki lebih bulan ni. Semua keperluan dapur mak sudah beli. Cuma tinggal beberapa benda lagi terlupa. Nanti ada masa, temankan mak ke pasaraya ya?” Ujar Syamsiah. Marina hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Ada apa-apa berita di kampung?” Tiba-tiba Marina bertanya kepada ibunya.
“Oh ya! Lina anak Cik Yah akan kahwin tak lama lagi. Sudah ada yang datang merisik. Sudah jodoh dia.” Marina membayangkan Lina, gadis yang dilahirkan cacat semulajadi. Dia tidak mempunyai jari seperti orang normal. Daya pemikirannya juga agak terencat. Namun sudah Tuhan takdirkan jodoh untuknya, akan hadir lelaki yang mampu menerima dia seadanya. Dua tahun lepas, Syakila, sepupu Marina yang dilahirkan semulajadi terencat pemikirannya. Dia tidak lincah seperti gadis-gadis lain. Di kala usia Syakila hampir menginjak 30-an, Allah hadirkan seorang lelaki alim, berpangkat ustaz sebagai imamnya. Kini mereka bahagia bersama anak sulung mereka yang baru berumur setahun. Semuanya percaturan Allah. Ketetapan Allah tidak dapat dinafikan. Telah Allah catatkan soal jodoh, rezeki dan kematian seseorang semenjak dia berusia 4 bulan dalam kandungan ibu lagi. Setiap orang punyai kekurangan, tentu Allah akan hadirkan seseorang untuknya bagi melengkapkan kekurangan tersebut.

“Ina, kenapa diam? Jauh berfikir.” Bagaikan baru terjaga dari angan-angan, Marina tersentak seketika dengan panggilan ibunya. Kemudian menguntum senyum seperti menidakkan apa yang bermain di fikirannya.
“Waktu sudah senja. Pergi bersiap untuk solat Maghrib. Lepas Isyak nanti kita makan nasi bersama ya.” Tutur Syamsiah sambil mengurai lembut rambut panjang Marina.

Dua hari sudah berlalu pergi. Marina masih sama. Ingatannya pada Zikri tak pernah terlepas. Termenung sendirian mengenangkan semua peristiwa lampau. Panggilan Syamsiah menghambat semua ingatan lalunya. Marina menuju ke dapur. Ibunya sedang menuangkan teh o panas kesukaan Marina bersama kuih karipap. Marina datang menghadap teh o yang masih berasap.  

“Mak, andai Ina ditakdirkan hidup sendirian, bagaimana?” Soal Marina memulakan bicara bersama ibunya.
“Terserah. Soal jodoh bukan di tangan manusia. Sayang keadaan Ina. Andai Ina seperti biasa, gadis normal yang lincah kesana kesini, pasti jadi rebutan. Lagikan Kak Min, kakak kamu yang muka penuh berjerawat dulu pun jadi rebutan, inikan pula adiknya yang jauh lebih lawa.” Syamsiah memuji kecantikan  semulajadi yang dimiliki anak bongsunya berbanding anak perempuan sulungnya yang sudah berumah tangga.  Marina terdiam, mengingati kakanya. Benar kata ibunya, wajah kakanya rosak seawal usia 13 tahun lagi akibat sejenis penyakit yang dipanggil ‘bertih’, lalu menyebabkan mukanya berminyak dan senang ditumbuhi jerawat. Walaupun mereka saudara sedarah daging, namun perwatakan dua beradik itu jauh berbeza.
“Kenapa Ina tanya soal jodoh? Atau Ina sudah ada calon?” Soal Syamsiah.
“Memang pun. Walaupun dalam keadaan Ina begini, masih ada yang setia menanti.” Jawab Marina berbaur gurauan. Namun hatinya terdetik supaya ibunya mengambil serius dengan gurauannya.
“Sudah ada ya? Siapa? Zikri?” Soalan Syamsiah bagaikan menikam lubuk hati Marina. Seolah-olah ibunya tahu tentang hubungannya dengan Zikri.”
“Kalau dia, kenapa?”  Marina cuba memberanikan diri menyoal kembali walau ada rasa takut di hatinya. Namun Marina tahu, ibunya tidak setegas arwah ayahnya.
“Mak tak kisah kalau betul-betul ada insan yang sudi menyayangi Ina. Kalau budak Zikri itu mak kenal. Kalau betul dia, tak apalah. Tapi betul ke dia setia?”
“Sudah masuk lapan tahun perkenalan kami. Ina yakin dia setia.” Ujar Marina yakin.
Syamsiah meninggalkan anaknya lantas bangkit untuk mengangkat jemuran. Marina masih tersenyum-senyum sendirian. ‘Mak sudah bagi green light.’ Hati kecilnya berbisik girang

Malam itu, Marina bagaikan penuh keterujaan ingin menelefon Zikri untuk mengkhabarkan berita gembira tadi. Sekian lama marina menanti masa untuk menceritakan perkara sebenar kepada orang tuanya, namun dia dihantui kebimbangan. Ternyata ibunya dapat menerima pilihannya. Patut pun Syamsiah tidak bertanya panjang sewaktu dia membeli jersi lelaki dan memberitahu ibunya ingin memberi kepada seseorang.
Marina cuba menghubungi Zikri. Namun hatinya hampa. Kedengaran suara Zikri ditenggelami orang ramai. Mana mungkin Marina bercerita soal begitu. Lantas talian terpaksa diputuskan. Marina cuba memberitahu Zikri melalui system pesanan ringkas (SMS), namun tak dibalas. Hati Marina dirundung hampa.

Pagi menjelma lagi. Marina melihat abang Anuar yang baru pulang pagi tadi masih dibaluti selimut. ‘kesian abang, umur masih muda, tapi terpaksa menjaga ibu dan adik yang sakit. Sedangkan abang-abang lain yang lebih matang ada.’ Usai solat zohor, abangnya bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Sudah menjadi rutinnya, melihat kalau-kalau ada computer yang rosak atau yang perlu diformat, harus di baiki terlebih dahulu. Sekitar jam 3 petang, dia akan ke kedai makannya untuk menyediakan keperluan bersama rakan kongsinya sebelum perniagaan bermula jam 4 petang. Syamsiah yang mendapat undangan kenduri jiran sekampung terpaksa pergi walaupun berat rasa hatinya meninggalkan Marina sendirian.

Seperti biasa, apabila ditinggalkan sendirian, Marina lebih banyak menghabiskan masa dengan termenung di birai tingkap sambil mengamati ketenangan tasik dan kebesaran Allah. Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari luar. Marina lekas mengenakan tudung lalu mengayuh kerusi rodanya ke pintu hadapan.

Terpacul wajah yang sangat dikenalinya, Amran datang bersama buah tangan masih dalam plastik sambil tersenyum kearah Marina. Marina diburu serba salah. Mengizinkannya masuk sedang tiada siapa-siapa di rumah? Atau menyuruhnya pulang sahaja? Marina buntu..

bersambung

                                                      
                                                                                                                     

Monday 30 April 2012

Penantian. bhg. 1


Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut setiap helaian rambut Marina yang sedang termenung di birai jendela, sambil menikmati pemandangan tasik yang luas terbentang di hadapannya. Jernih air tasik itu tidak sejernih hatinya yang sedang bergolak dengan cabaran. Tenang air tasik tidak setenang perasaannya yang sedang berkecamuk dengan beribu masalah. Memikirkan masalah kesempitan hidupnya kini selepas abang ketiganya yang merupakan penjaganya selepas pemergian arwah ayah tersayang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan kecil. Kalau dulu, semua kehendaknya dipenuhi abangnya. Sehingga top up telefonnya juga sentiasa terisi. Kini hidupnya tidak semewah dulu lagi. Perniagaan abangnya yang baru berusia sebulan belum dapat memberikan hasil lagi. Lebih menyedihkan hati Marina apabila beras di dapur juga telah kehabisan. Ibunya mengeluh, entah apa yang hendak dimasak untuk dihidangkan kepada Marina dan Anuar, anak lelaki ketiga Syamsiah yang biasanya pulang lewat malam dari berniaga. Keputusan peperiksaan Marina juga baru diumumkan. Marina kecewa kerana ada beberapa subjet yang terpaksa di ambil sekali lagi semester hadapan kerana gagal. Memikirkan juga tentang kisah kasihnya yang kian terputus di tengah jalan. Marina sekali lagi dia pasrah.

Penantiannya yang sudah mencecah usia tujuh tahun lebih kini bagaikan debu yang berterbangan pergi. Marina terasa seperti tujuh tahun masanya terbuang begitu sahaja. Penantiannya sia-sia, keikhlasannya diragui, kesetiannya dipermainkan. Namun Marina sedar tentang keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti insane lain. Doctor mengesahkan Marina mengalami kelumpuhan kekal akibat serangan kuman di bahagian saraf tunjangnya sewaktu dia masih belajar di tingkatan empat. Namun begitu, Marina tidak pernah putus asa dari mencuba perubatan dari pelbagai cara dengan harapan yang dia akan berjalan kembali normal seperti dulu suatu hari nanti.

Walaupun kakinya lumpuh dan tak mampu merasa apa-apa, namun hatinya belum lumpuh dari merasakan rasa sayang dan cinta fitrah Illahi. Marina mengeluh perlahan, hatinya diragut hiba. Benar kata orang, benci boleh bertukar menjadi sayang, lantaran sayang juga boleh bertukar menjadi benci.

Zikri, satu nama gah bertakhta di hati Marina dulu dan kini walaupun lelaki itu sudah menjauhinya. Perkenalan Marina dan Zikri di bangku sekolah menengah membuahkan rasa cinta di hati masing-masing. Pada mulanya, Marina membenci sikap Zikri yang kelihatan ‘gila-gila’. Dia cuba menegaskan bahawa Zikri bukan pilihannya. Seawall umur 13 tahun, apa sangatlah yang Marina tahu tentang cinta. Hanya rakan-rakan terdekatnya sahaja seperti Wani, Amy, Zahrah dan ramai lagi yang selalu ‘menyatukan’ mereka berdua. Dalam tidak sedar, dari sikap ‘gila-gila’ Zikri itulah yang menarik perhatiaannya sehingga menerima Zikri apa adanya. Marina cuba melindungi soal cintanya dari pengetahuan keluarganya kerana dia lebih arif tentang ketegasan ayahnya.

Sulaman cinta mereka berdua hanya mampu bertahan kira-kira dua tahun apabila ‘aroma’ hubungannya dengan Zikri seakan-akan dihidu ayahnya apabila bapa saudaranya dipindahkan bertugas ke sekolah Marina. Sebelum terlewat dan demi kasih sayangnya pada Zikri, dia tidak mahu lelaki itu menjadi mangsa keadaan, Marina membuat keputusan untuk meninggalkan sekolah tersebut walaupun hatinya berat dan sayangnya pada Zikri menggunung, Marina akur. Sebagaimana kakaknya pernah dimarahi ayahnya dulu dan lelaki yang merupakan kekasih kakaknya bersama keluarganya pernah diterjah ayahnya suatu ketika dahulu. Marina tidak mahu kisah itu berulang kembali kepadanya. Dia tidak mahu Zikri dan keluarganya dipersalahkan. Namun Marina sedih, Zikri tidak pernah memahami sebabnya meninggalkannya lalu menuduh Marina pentingkan diri.

‘Ah, buat apa diingat cerita lama. Sekadar menambah parut yang sedia ada’. Ujar Marina perlahan.
“Ina, buat apa termenung tu? Mari masuk, waktu sudah hampir Maghrib. Lepas Maghrib nanti kita makan nasi bersama. Beras ada lagi, masih cukup untuk makan malam ni.” Panggil Syamsiah menyuruh anak bongsunya masuk.

Keesokan paginya, Syamsiah pulang ke kampong untuk mencari rezeki kalau-kalau ada duit hasil getah yang menitik hasil peninggalan arwah suaminya. Marina ditinggalkan sendirian. Mujur abang Anuarnya ada pagi itu sebelum ke cyber cafe miliknya. Jadi tidaklah Marina keseorangan. Namun jika ditinggalkan keseorangan sekalipun, Marina tidak kisah. Dia mampu menguruskan dirinya sendiri dengan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

“Tak ke cyber café ke hari ni?” Soal Marina kepada abangnya.
“Tak, abang suruh partner abang tolong tengok-tengokkan. Lagipun di cyber café abang sudah uapah pekerja. Tapi pukul tiga nanti abang kena pergi untuk uruskan kedai makan. Jualan bermula pukul empat, jadi abang kena pergi uruskan bahan-bahan untuk memasak dahulu. Kalau mak belum pulang, nampaknya Ina sendirian sebentar lagi.”
“It’s okay. Abang jangan la bimbang. Ina boleh jaga diri. So, malam ni balik atau tak?” Soal Marina kembali sambil menguntum senyum kepada abangnya.
“Mungkin tak.” Jawab Anuar

Deruan enjin kereta abangnya meninggalkan perkarangan rumahnya. Kini Marina sendirian. Mula terasa bosan di hatinya. Entah apa yang boleh dilakukannya bagi mengusir rasa bosan yang bertandang. Marina terlihat bilik hujung yang masih belum siap kerana masalah kewangan keluarga. Terdetik dihatinya untuk melihat keadaan bilik itu. Keadaan bilik tersebut bagaikan stor yang terisi dengan barang-barang yang sudah tidak digunakan.

Tiba-tiba mata Marina tertacap pada sebuah kotak yang berada di hujung sudut bilik tersebut. Marina cuba menghampiri kotak tersebut walaupun susah kerana bilik tersebut dipenuhi barang-barang lain yang menyukarkan pergerakan kerusi rodanya. Akhirnya dia Berjaya mengambil kotak tersebut. Hatinya digigit hiba. Belum pun kotak tersebut dibuka, air matanya terlebih dahulu menitis, satu persatu menitik keatas kotak tersebut. Tangisan Marina semakin kuat melihat kotak itu berada di ribaannya….



bersambung...

Sunday 29 April 2012

Soal Jodoh.

Jodoh ditentukan oleh
Allah sewaktu kita
berumur 4 bulan di dalam
kandungan ibu. ( Malaikat
akan tulis nama kita,
rezeki, kerja, kahwin
dengan siapa, cerai atau
tidak, anak berapa dan
semuanya tentang diri ) .". ^__^

Friday 27 April 2012

Air Mata Ain


Ain berkali-kali menekan perutnya yang sakit. Terasa gastriknya menyerang pedih ke bahagian perut. Mana tidaknya, sedari pagi Ain tidak menyentuh apa-apa makanan. Jam sudah lewat menginjak ke pukul 10 malam. Teman sebiliknya masih belum pulang. Ain sendirian tika itu, hanya mampu menahan kesakitan yang amat. Tidak lama kemudian, terdengar pintu diketuk kuat. Tentu teman sebiliknya telah pulang. Ain cuba mengensot hendak ke muka pintu, namun tak berdaya. Berkali-kali dia mencuba, namun tetap juga gagal. Lantas dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sambil menahan kesakitan. Matanya dipejam rapat-rapat. Sakitnya semakin galak menguasai diri. Pintu diketuk semakin lama semakin kuat.

Ain hanya mampu beristigfar dalam hati, mengharapkan Allah permudahkan segala jalan. Ketukan bertalu-talu masih kedengaran. Ain tahu, tentu teman sebiliknya, Anita akan memarahinya kerana tidak membuka pintu.

“Wei, buka lah, sial, perempuan cacat!” Satu suara kedengaran jelas menikam hati Ain. Bagaikan secara automatik, air jernih mula menitik setetes demi setetes. Sakit yang dirasai sebelum ini terasa tiada sakit langsung. Sesungguhnya kata-kata dari teman sebiliknya itu lebih menyakitkan bagaikan pisau pembunuh yang paling tajam.

“Cacat!” Sekali lagi perkataan itu terkeluar dari mulut Anita. Titisan air mata semakin galak bermain dari mata Ain. Sesungguhnya Ain lemah menghadapi situasi itu. Di saat dirinya sakit, ada pula perkataan kasar dihamburkan kepadanya. Satu perkataan yang Ain sendiri arif tentang itu dan tak ingin lagi didengar. Ain sedar, dirinya tempang, dirinya cacat, tak sempurna seperti manusia lain.

Berkali-kali Anita mencuba untuk membuka pintu bilik sambil ketukan bertalu-talu terus kedengaran. Bagaikan ingin pecah daun pintu bilik. Ain terus beristigfar tak henti-henti dalam hatinya. Setelah beberapa lama mencuba, akhirnya Anita yang ditemani kawannya yang juga merupakan adik angkat Ain, Farah berjaya membuka pintu bilik. Setelah pintu bilik terbuka, Farah terkejut melihat keadaan Ain lalu meluru pantas mendapatkan Ain yang terlantar atas katil sambil menekan perut berkali-kali. Mata Ain sengaja dipejam rapat-rapat, sambil air jernih masih lejun membasahi pipinya. Anita berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku di hadapannya. Dia menyusun beberapa helai baju dan buku untuk esok. Keadaan Ain lansung tidak menarik perhatiannya.

“Kenapa dengan Kak Ain ni? Akak tak makan lagi hari ni?” Soal Farah yang berada di sisi Ain menemani. Ain hanya terdiam bisu, membiarkan air mata membasuh luka di hati. “Kak Ain..” Ujar Farah lembut sambil mengusap-ngusap tubuh Ain.

“Anita, kita panggil Kak Zahrah. Teruk keadaan Kak Ain ni.” Usul Farah kepada Anita setelah dia sendiri kebuntuan untuk melakukan sesuatu. “Terserah.” Jawab Anita ringkas.
Zahrah merupakan kawan baik Ain. Mereka selalu dilihat bersama. Namun kebelakangan ini, ada salah faham di antara mereka yang mencetuskan pergaduhan besar sehingga Zahrah memutuskan persahabatan mereka dan berjanji untuk tidak lagi ke bilik Ain. Kebencian Zahrah terhadap Ain begitu mendalam sehingga jatuh ke lubuk hatinya yang terdalam.

Beberapa minit kemudian, Zahrah datang ke bilik Ain. Dalam menahan rasa sakit, Ain masih dapat mengecam suara Zahrah. Ain bersyukur, Zahrah masih mengambil berat tentang dirinya. Zahrah menelefon beberapa orang ahli jawatankuasa hostel supaya datang melihat keadaan Ain. Sementara menunggu ahli jawatankuasa sampai, mereka bertiga, Anita, Farah dan Zahrah bercakap-cakap tentang sesuatu. Ain tidak mempedulikan apa buah bualan mereka, sakit yang menguasai diri harus di usir terlebih dahulu. “Kak Ain sakit kan tu.” Tiba-tiba satu suara sayup-sayup kedengaran entah milik siapa. Namun Ain pasti, suara itu bukan milik Anita. “Ah, habis tu hati aku yang sakit ni!” Jelas suara itu milik Anita menambahkan hiba di hati Ain. “Cacat!” Anita berlalu memberi ruang kepada beberapa orang ahli jawatankuasa hostel dengan meninggalkan kata-kata yang cukup pedih.

Ros dan Yani yang merupakan ahli jawatankuasa hostel melihat keadaan Ain sambil ditemani Farah yang setia di sisi. Ain meminta tolong Farah untuk buatkannya segelas air susu. Farah memberitahu serba sedikit tentang penyakit Ain kepada Ros dan Yani. Mereka berdua bercakap-cakap seperti membincangkan sesuatu. Farah meninggalkan kedua-dua orang ahli jawatankuasa tersebut menemani Ain.
“Kak Ain sudah lama sakit.” Soal Yani kepada Anita yang sedang mengemaskan barang-barangnya. Itulah rutin Anita, mengemaskan barang-barang keperluannya kemudian tidur di bilik Zahrah yang di anggapnya kakak. Bilik yang dikongsi bersama Ain hanya dijadikan hotel baginya.
“Entah, saya keluar tadi.” Jawab Anita acuh tak acuh. Hati Ain semakin digigit pilu. Entah apa yang dibualkan, lalu Anita menghulur sekeping plastik  ubat gastrik yang mengandungi sepuluh biji. Ros dan Yani memujuk Ain supaya mengambil sedikit roti sebagai alas perut sebelum mengambil ubat. Ain masih diam membatu. Air matanya tak habis-habis mengalir lejun. Kemudian Farah menyuruh dua orang ahli jawatankuasa hostel tersebut untuk balik. Dia cuba memujuk Ain. Akhirnya Ain akur, dia hanya mampu menghabiskan separuh roti bersama seteguk air susu. Hatinya terasa bebal untuk menerima ubat yang dihulurkan Farah, kerana dia tahu, ubat itu milik Anita. Dalam terpaksa demi mengusir kesakitan yang bertandang, Ain menelan juga ubat tersebut bagaikan menelan hempedu yang paling pahit. Kemudian Ain berbaring, ingin terus dibuai lena.

Anita masuk ke bilik setelah melihat Farah keluar selepas membaringkan Ain tidur. Sakit yang menggigit di pangkal organ pencernaan Ain masih terasa. Berkali-kali dia beristighfar menahan kesakitan. Terkumat-kamit mulutnya memohon mahgfirah Illahi. Namun sakitnya seakan-akan semakin menular sehingga dia merintih sakit. Istighfarnya semakin kuat kedengaran bersama suaranya mengerang kesakitan. Ia menimbulkan rasa tidak selesa pada Anita.
“Woi, kau pergi tengok perempuan tu.” Ujarnya Anita pada Farah.
“Kenapa?” Soal Farah tak mengerti.
“Entah, bising. Nak mampus pun susah!” Jawab Anita.
Sekali lagi hati Ain bagai diremuk dan disentap kuat. Ayat Anita bagaikan tak berperikemanusiaan lansung? Dimana sifat perimanusianya, sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat tatkala seorang insane di hadapannya sedang menahan kesakitan. Adakah Anita tetap akan bersikap begitu jika dihadapannya terlantar Ain yang sedang nazak? Begitu dalamnya kebenciaan Anita terhadap Ain tanpa Ain tahu dimana puncanya.

Farah datang menenangkan Ain. Ain cuba melelapkan mata, bersama tangisan yang lejun membasahi pipinya. Hatinya kian hancur, namun dikuatkan semangat untuk mencantumkan kembali hatinya yang telah hancur berkeping-keping, lalu diserahkan kembali kepada pemilik hati yang hakiki, iaitu Allah..

Thursday 19 April 2012

Semoga Aku Menemui yang Terbaik..

Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
... Jika pendampingku telah engkau lahirkan,
gerakan hatinya tuk menujuku,
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju
Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
Bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu,
Tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba
sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik hati,
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dgn Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
Kirimkan dia yg dpt membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku, akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami,
Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb... 

Saturday 31 March 2012

Saturday 10 March 2012

Sebuah Kekuatan & Ketabahan..


Assalamualaikum..

Banyak episod kehidupan yang aku lalui selama ini yang membuatkan aku lebih matang, tegar dan lebih tabah. Kerana aku tahu, cabaran di luar sana terlalu banyak. Dunia semakin mencabar, dan aku tak mahu masih berada di tampuk yang sama, yang hambar. Aku selalu minta pada Allah agar diberikan kekuatan. Dan Alhamdulillah, semakin hari aku merasa semakin kuat melawan arus kehidupan. Kekuatan yang aku tak terfikir yang aku akan dapat, tapi Allah beri. Kerana Dia tidak menzalimi hambaNYa. Dia tidak membebani hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.. “La yukallifullahu nafsan illa wus’aha.”

Andai ditanya bagaimana aku boleh menjadi seperti sekarang, setegar karang. Jawabku senang, pengalaman lalu yang membuatkan aku tabah. Adakah pengalaman indah? No. Definitely bad memories. Andai aku jadikan pengalaman manis untuk aku jadi kuat, pengalaman aku pernah dipuji sebagai pelahjar terbaik top 5 form 1, antara pelajar terbaik PMRU, antara pelajar terbaik PMR, dan pengalaman yang paling manis, menjadi pelajar terbaik percubaan SPM di sekolah. Semua itu membuatkan aku sentiasa berada di zon selesa, yang sebenarnya zon itu tidaklah selesa sangat seperti kata Tuan Fahdi Ghazali. Sekarang, aku tinggalkan semua itu.

Aku menjadi kuat kerana cacian, hinaan, kutukan dan kejatuhan.  Sewaktu aku jatuh dulu, aku menangis sendiri. Hanya langit dan bumi yang menjadi saksi air mataku bercucuran menitis dari sepasang anak mataku membasahi bumi. Waktu itu, tiada pun manusia menghulur tangan, memberi pertolongan. Memgulurkan tisu, mengesat air mataku. Tapi aku bukan wanita yang hidup bertemankan air mata. Sedayanya aku cuba untuk tak membenarkan ia mengalir dari anak mataku, meskipun hampir lejun bajuku dsibasahi. Aku cuba bangkit sendiri, tanpa bantuann dari sesiapa. Aku cuba bangun, tapi jatuh kembali, aku masih mencuba, dua kali jatuh, aku terus mencuba dan dan terus mencuba. Dan akhirnya aku berjaya sendiri. Aku ingin menjadi manusia ‘Champion’, yang tiap kali bangkit bila jatuh bukan jatuh tak bangun-bangun. Itu antara kata-kata motivasi dari Cik Mhd Noor.

Sewaktu aku dikutuk, dicaci dan dihina, antara ayat pedih bagaikan pisau tajam yang menghiris hati dan mencalar perasaan. “Kau nak bergerak pun kena orang tolak. Orang macam kau, sekali aku tolak kerusi roda, kau boleh jatuh la. Dasar betina cacat!!” Astaghfirullahal azim. Ayat-ayat itu menikam lubuk hatiku sewaktu aku masih belajar di tingkatan 5. Waktu itu, tiada manusia yang pertahankan aku, walau aku benar. Tiada manusia yang berada di belakang aku. Aku merintih sepi sendiri. Aku terima semua duigaan ini. Aku redha dan pasrah serta hanya mampu berserah. Dialah yang Maha Esa, tempat aku mengadu segala kesakitan tika aku sendirian, ditinggalkan manusia sekeliling.

Sepotong ayat dalam doaku, “Ya Allah, tegarkanlah hati hambaMu ini dalam menempuhi cubaan dan dugaan yang Kau beri. Kuatkanlah aku tika aku lemah, tatkala melalui liku-liku tajam di jalanan, dan onak berduri di persimpangan. Hanya padaMu aku meminta.” Alhamdulillah, berkat usaha dan kesabaran aku, aku diberi ketabahan. Aku tabah kerana kutukan dan hinaan bukan dari manusia yang mempertahankan aku. Aku bangkit atas kejatuhan semalam.

Aku tak harapkan ada insan sentiasa di belakangku untuk selalu mempertahankan aku. Kerana aku yakin, Allah akan sentiasa ada di sisiku, selagi aku berada di jalanan benar. ‘Bantuan’ manusia hanya akan mebuatkan aku lemah dan tak mampu mempertahankan diri sendiri. Sesekali takkan ku tunjukkan kelemahanku..

Semoga aku terus tabah dan tegar. InsyaAllah..

Saturday 25 February 2012

Mencari Identiti Sebenar yang Hilang

Assalamualaikum..

Orang tua-tua selalu pesan, kalau nak melangkah, biar satu persatu. Seperti naik tangga, biar seperingkat-seperingkat, sekurang-kurangnya, kalau jatuh, tak lah sakit sangat.
Sama seperti jika kita kita ingin berubah kearah kebaikan, biarlah perlahan-lahan, asalkan berterusan. Secara umunya, tiada manusia yang boleh melakukan perubahan secara drastik dan mendadak.
Tapi berbeza dengan Jie. Dari seorang gadis yang pemalu, kemudian diuji, lantas mendapat ketabahan yang luar biasa yang tak terfikir sebelum ini. namun apapun, ketabahan ini datangnya dari Dia, Dia yang memberi, dan Dia juga berhak mengambilnya. Alhamdulillah, sehingga hari ini Jie masih mampu berdiri walau tanpa kaki.

Namun setiap masa batin Jie merintih. Bukan merintih sakit atas cubaan ini. Tapi merintih memaksa Jie mencari diri Jie yang sebenar, yang telah Jie tinggalkan sekian lama. Jie ingin mencari identiti diri Jie sebenar, Jie ingin kembali kepada siapa sebenarnya Nor Najihan Ahmad. Namun sehingga sekarang masih belum ketemui.

tapi Jie yakin, suatu hari nanti, Jie akan kembali dengan imej Nor Najihan Ahmad yang sebenar. Sewaktu itulah transformasi diri Jie akn berubah secara drastik dan 360 darjah.

Jie percaya, hari itu akan tiba. Jie ingin tampil dengan imej dan identiti sebenar Nor Najihan Ahmad.
InsyaAllah..

Monday 13 February 2012

Hrapan yang Hancur

Pertama kali ku kenal dia, jejaka idaman malaya,
Perwatakannya, percakapannya, pertuturannya semua lemah lembut,
Semakin lama aku mengenali dia, semakin aku sedar,
Yang aku hanya bermimpi di siang hari.,

Kini ku tak mahu lagi,
Menaruh harapan.

Mula-mula ku benar-benar jatuh cinta padanya,
Tapi kini ku tahu segalanya,
Ku tertawan dengan kebaikannya,
Semua keperibadiannya buat aku tergoda.

Menurutnya aku hanya adik baginya,
Kerna di hatinya sudah ada cinta insan lain,
Sia-sia aku menaruh harapan, akhirnya harapanku hancur,
Cukuplah berharap lagi pada si romeo..

Kini ku tak mahu lagi,
menaruh harapan..


Sunday 29 January 2012

Baki Simpananku Tinggal RM71

Aku membelek beberapa kali slip pengeluaran bankku yang kini hanya berbaki RM 271. Aku mengeluh kecil, 'tak pernah dalam akaunku berbaki kurang dari RM 500', aku bermonolog sendiri. Namun kerana niatku dan impianku yang menggunung untuk merubah masa depanku, aku nekad mengeluarkan sedikit wang dari simpananku untuk membayar harga lesen kereta.


"Jiey, kita ada seminar di Kuala Lumpur 2 hari satu malam. Jiey nak ikut? Bayaran cuma RM 150. Datang la, mesti menarik." Ujar Amir yang sudah ku anggap seperti abangku sendiri sewaktu kami bertemu untuk berbincang mengenai program kami bersama rakan-rakan yang lain. Aku terfikir sejenak. Aku tidak bimbang tentang jawapan apa yang harus aku berikan kepada keluargaku. Cuma aku terfikir bagaimana harus aku menyesuaikan diri yang serba kekurangan ini di tempat orang. Apatah lagi aku difahamkan perjalanan ke Kuala Lumpur akan menggunakan khidmat bas. Sedang aku tahu, semua itu mustahil untuk aku lakukan tanpa bantuan orang lain.


"Baiklah, Jiey ikut." Jawabku setelah lama aku berfikir. Aku membayar tunai kepada Abang Amir sebanyak RM 150. Bermakna aku terpaksa mengeluarkan wang lain untuk membayar yuran kelas undang-undang untuk menyiapkan lesen kereta.


Pagi Jumaat yang hening, aku bersiap-siap ke sekolah memandu untuk mengambil kelas undang-undang. Aku kesana sambil ditemani oleh temanku. Aku terpaksa mengeluarkan sekali lagi wang simpananku sebanyak RM 200 untuk membayar yuran kelas undang-undang . Jelas tertera pada kertas slip pengeluaran bankku yang berbaki RM 71.


Sekali lagi aku mengeluh. 'Ah, semuanya untuk kebaikan diri aku sendiri.


Jam mengijak pukul 6 petang, aku masih menanti kelibat abang Amir bersama Farah, rakanku yang berjanji untuk mengambilku di kolej. Tanganku pantas menekan butang telefon bimbitku, mengahantar pesanan ringkas kepada abang-abangku untuk memberitahu mereka yang aku akan ke Kuala Lumpur. Gusar juga di hati andai mereka khuatir memandangkan merekalah penjagaku dan juga waliku kini selepas pemergiaan arwah ayah tersayang kira-kira setahun setengah yang lalu.


Aku tiba di Kota Bharu untuk menaiki bas tepat pukul 8 setengah malam. Aku melihat kearah bas. ‘Bagaimana untukku naik? Sedang ia tinggi?’ fikirku sendirian.


Tiba–tiba kenangan lalu menerjah ke benak fikiran. Semuda usiaku 13 tahun, aku sudah berani berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk melawat anak saudaraku yang ketika itu masih kecil. Hampir setiap kali cuti sekolah, aku akan ke Kuala Lumpur sendirian. Biarpun usiaku masih muda, namun aku diberi kebebasan untuk kemana sahaja oleh ayahku asalkan aku pandai menjaga diri. Kalau dulu, naik turun bas sendirian sudah menjadi rutin biasa hidupku setiap kali cuti, tapi kini? Aku melepaskan keluhan kecil, namun aku tahu, Allah tidak suka orang yang suka mengeluh. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi seorang yang kufur nikmat.


“Najihan beritahu mak nak ke Kuala Lumpur?” Suara parau Cik Fahdi, group pemburu impian seakan menghalau pergi segala kenangan lalu yang bermain-main di fikiran.


“Ya, sudah. Mak tak kisah, asalkan saya tahu jaga diri.” Jawabku ringkas sambil tersenyum.


Cik Fahdi adalah salah seorang insan yang aku kagumi kerana kesungguhan beliau. Aku tanamkan dalam diriku yang suatu hari nanti, aku juga ingin menjadi seperti beliau.


Semua penumpang diarahkan menaiki bas. Aku masih di bawah, berfikir bagaimana dan bagaimana. Kelibat tiga orang gadis datang menghampiriku. Mereka menolong mengangkatku memandangkan keadaanku yang lumpuh dan hanya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. ‘Jie, mak tak halang Jie nak buat apa-apa sahaja. Mak percaya Jie pandai jaga diri. Cuma satu yang ingin mak ingatkan, buatlah apa-apa sahaja sekadar kemampuan Jie. Jangan susahkan orang di sekeliling. Mak faham cita-cita Jie tinggi, tapi jangan sampai orang di sekeliling Jie berasa susah kerana Jie.’ Bagaikan tergiang-ngiang suara emak di cuping telinga. Namun kini aku telah susahkan orang di sekelilingku. Perlukah aku berhenti sekadar disini sedang matlamatku masih jauh?’


Di pertengahan jalan, tiba-tiba bas berhenti. Semua penumpang diarahkan turun kerana berlaku pertukaran bas. Sekali lagi aku terfikir. ‘Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMU ini.’ Sebaris ayat dalam doaku tak putus-putus ku pohon pada Yang Esa.


Mujur ada seorang hamba Allah, seorang wanita datang mengangkatku turun, kemudian mengangkatku kembali dari bas lain. Mujur sahaja badanku tidak terlalu berisi, jadi tidaklah terlalu berat untuk diangkat. Tapi masih juga menyusahkan.


“Jie, jom makan.” Pelawa teman serumah sewaku.
“Kau makanlah. Aku diet.” Ujarku bersahaja.
“Badan sekeping macam ni pun masih nak diet? Jie, you’re underweight, you know? Berat kau dengan tinggi kau memang tak padan. Berat normal orang seusia kita ni 40kg keatas. Kau yang tubuh sekeping 38kg masih nak diet? Kau nak biar badan kau tinggal tulang je ke? Tapi bagus juga, esok-esok, bila kau sudah kahwin, senang laki kau nak angkat kau.” Kata-kata kawanku sewaktu aku di tingkatan tiga tiba-tiba terimbau kembali.


‘Sekarang belum kahwin pun, aku sudah menyusahkan orang untuk mengangkatku. Thats why aku buat semua ini sekarang, as a preparation for my future. Sebab aku tahu, aku akan jalani hidup sendirian tanpa ada teman sepert insan lain yang sempurna.’ Hati kecilku berbisik.


Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini amat meletihkan bagiku. Walhal ini bukan kali pertama aku berada dalam bas. Segala urat sarafku terasa pedih, ketat dan macam-macam rasa yang membuatkan aku tidak selesa. Penghawa dingin yang dipasang dalam bas membuatkan aku merasa bagai angin sejuk menyelinap masuk ke setiap rongga badanku, di setiap ruang romaku. Tubuhku hampir menggigil, namun ku kuatkan supaya aku lebih kelihatan tegar seperti biasa. Sememangnya aku kalah dengan sejuk. Lalu aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata, menunggu fajar pagi menyising kembali.


Kira-kira jam melewati 7 pagi, rombongan kami sampai di perhentian rehat dan rawat Temerloh. Semua diarahkan turun untuk membersihkan badan. Aku meggeliat sehabis mungkin, cuba melonggarkan urat sarafku yang terasa ketat tadi. Semua penumpang turun, bagaikan itik jumpa air, mana tidaknya, berjam-jam berada dalam bas, tubuh terasa melekit. Sekali lagi aku menyusahkan seorang hamba Allah berhati murni yang mengangkatku turun dari bas.


Setelah semuanya selesai, kami meneruskan kembali perjalanan ke Kuala Lumpur. Badanku terasa sedikit segar selepas mandi. Tidak jauh meninggalkan kawasan rehat dan rawat Temerloh, bas yang kami naiki mengalami masalah tayar bocor. Hampir sejam semua penumpang menunggu dalam bas memberi ruang kepada pemandu untuk menggantikan tayar lain. ‘Berapa banyak punya dugaan daa.’ Monologku sendiri sambil ketawa kecil dalam hati. Aku mengambil keputusan untuk menyambung tidurku kembali daripada menunggu dalam bas tanpa melakukan sebarang aktiviti.


Brek bas mengejutkan tidurku. Bas sudah bergerak rupanya. Aku memandang keluar tingkap, kini kami sudah mula memasuki kawasan Kuala Lumpur. Aku seperti terdengar ada bunyi dendangan muzik keroncong dari perutku. Terasa memulas-mulas dan sakit hingga naik ke kepala. ‘Gastrikku datang lagi.’ Aku terinagat yang aku mengambil sebungkus nasi lemak dan air milo pagi tadi sebagai alas perut. Sepatutnya aku tidak boleh mengambil makanan berat pada waktu pagi, cukuplah sekadar roti dan susu sebelum aku masuk ke kuliah. Aku menekan-nekan perut dan cuba menahan kesakitan. Batinku mula menjerit. Namun aku masih berlagak biasa.


Rombongan kami tiba ke destinasi di Kota Damansara hampir tengah hari. Sekali lagi aku terpaksa ‘menyusahkan’ insan-insan di sekelilingku untuk mengangkatku turun.


Dewan seminar yang dipenuhi ratusan peserta cukup membuat aku teruja. Suara lantang penceramah di hadapan membuatkan aku tidak terfikir lansung untuk ‘berpatah kembali’. Jeritan dan laungan semangat dari para peserta membangkitkan semangat aku. Walau dalam suasana yang penuh bingit, aku merasa jantungku yang selalunya lemah mula berdegup kencang. Aku beristighfar dan mengucap syukur ke hadrat Illahi dalam hati. ‘Ya Allah, ssesungguhnya ini suatu keajaibanMu. Hamba ini amat bersyukur. Aku bersama yang lain terus menerus melaungkan kata-kata semangat dan sorakan kuat sehingga dewan yang penuh dengan kelengkapan penghawa dingin terasa panas sekali. Aku kini berada di celahan manusia-manusia yang positif pemikirannya. Terasa aura positif itu menyelinap masuk laju ke setiap salur darahku.


Selesai sesi seminar, malam itu aku bersama group pemburu impian dari eastern region. Melihat laungan semangat dari leader-leader yang suara semakin serak akibat terlalu banyak bersorak semangat, semakin aku merasa bersemangat. Seolah-olah aku mengambil sedikit semangat mereka masuk ke dalam diriku. Kemudian Cik Fahdi menjemput semua pesrta di bawah rangkaian beliau untuk ke hadapan. Abang Amir membantu aku menolak kerusi rodaku kehadapan. Kami semua melaungakn kata-kata semangat sambil diberi tepukan dan sorakan dari pesrta lain. kemudian sekali lagi semangatku dibakar oleh seorang insan yang ku anggap mentor, Cikgu Fazli Fauzi yang membakar semangat peserta lain dengan menjadikan aku, insan serba kekurangan, yang diistilahkan tiada kaki mampu melakukan, mengapa tidak yang lain. Aku kini berada di hadapan para peserta yang lain dan diberti tepukan gemuruh oleh mereka. Terasa diri ini dihargai, walaupun aku sering dipandang serong oleh mereka yang tak punya perasaan. Semangatku terasa benar-benar dibakar. Dan aku sangat bersyukur kerana tepukan dari peserta lain ku anggap sebagai satu penghargaan yang tak tak terkira besarnya. MasyaAllah!


‘Disini aku diberi penghargaan, sedang ramai di luar sana yang mengejekku kerana kekuranganku dan keterbatasanku. Subhanallah. Cukup indah percaturan yang telah kau tetapkan pada hambaMu ini, Ya Allah.’ Tak putus-putus kesyukuran ku panjatkan pada Yang Esa.  


Masa berlalu tak kurasa. Andai aku terpaksa berada dalam dewan 10 jam lamanya lagi, aku sanggup.


Aku tertarik dengan pertanyaan Cik Zakuan, “Apa perasaan Najihan sekarang? Berbaloi tak dengan bayaran yang Najihan keluarkan?” Aku tersenyum lalu menjawab dengan penuh yakin, “Saya dapat semangat baru disini. Dengan bayaran yang telah saya keluarkan, saya rasa sangat berbaloi. Saya sedikitpun tidak menyesal. Memang rugi bagi mereka yang memberi seribu alasan untuk tidak hadir ke seminar sehebat ini.” Aku membayangkan beberapa orang rakanku yang sama-sama menyertai program ini, tapi tidak mengikuti seminar kali ini. Kemudia Cik Zakuan menambah. “Andai bayarannya RM 200, adakah Najihan masih mahu mengikuti seminar sebegini?” Aku masih tersenyum sambil menjawab, “Ya, saya akan hadir, kerana saya yakin, saya boleh capai impian saya lebih dari apa yang saya bayar hari ini.” Senyumku penuh keyakinan bukan lagi senyuman hambar dan tawar yang selalu ku lemparkan kepada sesiapa yang sering memandang serong terhadap kecacatanku. Namun tetap sahaja aku membalas dengan senyuman. “Hebat Najihan!” Tiba-tiba suara Cik Mohd Noor mengalihkan pandanganku. Cik Mohd Noor sememangnya aku kagumi kerana semangat beliau yang tak putus-putus sehingga membangkitkan semangatku yang ‘sekejap bangun, sekejap duduk’. Ayat-ayat motivasi yang selalu dikirim beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) selalu membangkitkan semangatku tatkala aku hampir layu.


Kira-kira jam 2 pagi, aku dan rombongan akan bertolak kembali ke Kelantan. Aku pulang menaiki kereta Cik Khairin kerana Abang Amir punya urusan keesokan harinya. Aku bersyukur, kerana aku mampu berpindah dari kerusi roda ke kereta tanpa bantuan orang lain.


Dalam perjalanan pulang, aku mencongak-congak dalam fikiran. Sememangnya aku tidak merasa rugi mengikuti seminar ini. Dua kali aku bertemu dengan Puan Adrina, iaitu orang kuat EDATA, dua kali aku dipeluk oleh beliau. Terasa aura seorang jutawan masuk ke seluruh sistem sarafku. Aku bertekad yang suatu hari nanti aku akan menjadi sperti beliau. Dan aku tidak merasa sesal atau kesal walaupun baki akaunku hanya tinggal RM 71, kerana aku yakin, suatu hari nanti, dua angka tersebut akanku tukarkan kepada lima angka, sehingga mencecah tujuh angka. InsyaAllah. Aku tersenyum sendiri kemudian tertidur..


HEBAT!!!!!!