Thursday 29 November 2012

Bukan janji tapi pasti

Assalamualaikum..
Kadang-kadang hati jie terasa terusik dengan pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang dan tak pernah putus-putus. Jie faham andai ujian itu tanda Allah syangkan hambaNya, untuk dia menguji sejauh mana kekuatan hambaNya.Dan Jie yakin yang Allah tak akan memberi ujian kepada hambaNya melebihi tanggungan dan kemampuan hambaNya, Yeah, yakinlah dengan janji Allah.

Setiap yang berlaku, samaada baik atau buruk, pasti ada hikmanya tersendiri. Sebagai manusia biasa, seharusnya kita kutip hikmah di sebalik setiap kejadian. Andai sesuatu yang buruk menimpa, usah dikesali mahupun diratapi. Tapi muhasabahlah diri, apa yang pernah kita lakukan, kerana setiap sesuatu itu berlaku adalah rentetan dari apa yang kita lakukan dulu. Andai sesuatu yang baik dikecapi, bersyukurlah pada pemilik alam semesta ini. Dan berrazamlah agar diri dikuatkan agar sentiasa berada di landasan yang benar, yang sentiasa melakukan perkara yang betul.

Allah itu maha Bijaksana. Dia menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Seperti malam bersama siang, yang takkan terpisah. Jua bulan dan bintang yang saling memerlukan. Sama seperti kejadian lelaki dan pasangannya perempuan, yang diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Bak kata pujangga, seperti lagu dan irama, andai terpisah pincanglah tempo..
Dan kebijaksanaan Allah itu juga, Dia merahsiakan jodoh pertemuan manusia semua. Tapi janji Allah dalam Alquran, 'sesungguhnya wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat itu untuk lelaki yang jahat dan sebaliknya.'

Apapun yang berlaku, jangan pernah berhenti berharap padaNya, kerana hanya Dia yang Maha segala-galanya. Setiap yang berlaku, ditimpa musibah, kesedihan, kegembiraan, kesunyian atau apa-apa sahaja, adulah pada Dia, Yakinlah Dia Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya..
Tentang jodoh, yakinlah telah tertulis segala-galanya di luh mahfuz lagi semenjak manusia itu dari rahim ibunya lagi. Sama jua dengan kematian, yang bukan satu janji, tapi pasti..

walau aku tak sempurna, aku yakin dengan janji Allah. Dia memberikan aku sakit, dan pasti Dia menemukan aku dengan seseorang yang bisa 'mengangkatku' tika aku rebah..



No comments:

Post a Comment