Sunday 29 January 2012

Baki Simpananku Tinggal RM71

Aku membelek beberapa kali slip pengeluaran bankku yang kini hanya berbaki RM 271. Aku mengeluh kecil, 'tak pernah dalam akaunku berbaki kurang dari RM 500', aku bermonolog sendiri. Namun kerana niatku dan impianku yang menggunung untuk merubah masa depanku, aku nekad mengeluarkan sedikit wang dari simpananku untuk membayar harga lesen kereta.


"Jiey, kita ada seminar di Kuala Lumpur 2 hari satu malam. Jiey nak ikut? Bayaran cuma RM 150. Datang la, mesti menarik." Ujar Amir yang sudah ku anggap seperti abangku sendiri sewaktu kami bertemu untuk berbincang mengenai program kami bersama rakan-rakan yang lain. Aku terfikir sejenak. Aku tidak bimbang tentang jawapan apa yang harus aku berikan kepada keluargaku. Cuma aku terfikir bagaimana harus aku menyesuaikan diri yang serba kekurangan ini di tempat orang. Apatah lagi aku difahamkan perjalanan ke Kuala Lumpur akan menggunakan khidmat bas. Sedang aku tahu, semua itu mustahil untuk aku lakukan tanpa bantuan orang lain.


"Baiklah, Jiey ikut." Jawabku setelah lama aku berfikir. Aku membayar tunai kepada Abang Amir sebanyak RM 150. Bermakna aku terpaksa mengeluarkan wang lain untuk membayar yuran kelas undang-undang untuk menyiapkan lesen kereta.


Pagi Jumaat yang hening, aku bersiap-siap ke sekolah memandu untuk mengambil kelas undang-undang. Aku kesana sambil ditemani oleh temanku. Aku terpaksa mengeluarkan sekali lagi wang simpananku sebanyak RM 200 untuk membayar yuran kelas undang-undang . Jelas tertera pada kertas slip pengeluaran bankku yang berbaki RM 71.


Sekali lagi aku mengeluh. 'Ah, semuanya untuk kebaikan diri aku sendiri.


Jam mengijak pukul 6 petang, aku masih menanti kelibat abang Amir bersama Farah, rakanku yang berjanji untuk mengambilku di kolej. Tanganku pantas menekan butang telefon bimbitku, mengahantar pesanan ringkas kepada abang-abangku untuk memberitahu mereka yang aku akan ke Kuala Lumpur. Gusar juga di hati andai mereka khuatir memandangkan merekalah penjagaku dan juga waliku kini selepas pemergiaan arwah ayah tersayang kira-kira setahun setengah yang lalu.


Aku tiba di Kota Bharu untuk menaiki bas tepat pukul 8 setengah malam. Aku melihat kearah bas. ‘Bagaimana untukku naik? Sedang ia tinggi?’ fikirku sendirian.


Tiba–tiba kenangan lalu menerjah ke benak fikiran. Semuda usiaku 13 tahun, aku sudah berani berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk melawat anak saudaraku yang ketika itu masih kecil. Hampir setiap kali cuti sekolah, aku akan ke Kuala Lumpur sendirian. Biarpun usiaku masih muda, namun aku diberi kebebasan untuk kemana sahaja oleh ayahku asalkan aku pandai menjaga diri. Kalau dulu, naik turun bas sendirian sudah menjadi rutin biasa hidupku setiap kali cuti, tapi kini? Aku melepaskan keluhan kecil, namun aku tahu, Allah tidak suka orang yang suka mengeluh. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi seorang yang kufur nikmat.


“Najihan beritahu mak nak ke Kuala Lumpur?” Suara parau Cik Fahdi, group pemburu impian seakan menghalau pergi segala kenangan lalu yang bermain-main di fikiran.


“Ya, sudah. Mak tak kisah, asalkan saya tahu jaga diri.” Jawabku ringkas sambil tersenyum.


Cik Fahdi adalah salah seorang insan yang aku kagumi kerana kesungguhan beliau. Aku tanamkan dalam diriku yang suatu hari nanti, aku juga ingin menjadi seperti beliau.


Semua penumpang diarahkan menaiki bas. Aku masih di bawah, berfikir bagaimana dan bagaimana. Kelibat tiga orang gadis datang menghampiriku. Mereka menolong mengangkatku memandangkan keadaanku yang lumpuh dan hanya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda. ‘Jie, mak tak halang Jie nak buat apa-apa sahaja. Mak percaya Jie pandai jaga diri. Cuma satu yang ingin mak ingatkan, buatlah apa-apa sahaja sekadar kemampuan Jie. Jangan susahkan orang di sekeliling. Mak faham cita-cita Jie tinggi, tapi jangan sampai orang di sekeliling Jie berasa susah kerana Jie.’ Bagaikan tergiang-ngiang suara emak di cuping telinga. Namun kini aku telah susahkan orang di sekelilingku. Perlukah aku berhenti sekadar disini sedang matlamatku masih jauh?’


Di pertengahan jalan, tiba-tiba bas berhenti. Semua penumpang diarahkan turun kerana berlaku pertukaran bas. Sekali lagi aku terfikir. ‘Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMU ini.’ Sebaris ayat dalam doaku tak putus-putus ku pohon pada Yang Esa.


Mujur ada seorang hamba Allah, seorang wanita datang mengangkatku turun, kemudian mengangkatku kembali dari bas lain. Mujur sahaja badanku tidak terlalu berisi, jadi tidaklah terlalu berat untuk diangkat. Tapi masih juga menyusahkan.


“Jie, jom makan.” Pelawa teman serumah sewaku.
“Kau makanlah. Aku diet.” Ujarku bersahaja.
“Badan sekeping macam ni pun masih nak diet? Jie, you’re underweight, you know? Berat kau dengan tinggi kau memang tak padan. Berat normal orang seusia kita ni 40kg keatas. Kau yang tubuh sekeping 38kg masih nak diet? Kau nak biar badan kau tinggal tulang je ke? Tapi bagus juga, esok-esok, bila kau sudah kahwin, senang laki kau nak angkat kau.” Kata-kata kawanku sewaktu aku di tingkatan tiga tiba-tiba terimbau kembali.


‘Sekarang belum kahwin pun, aku sudah menyusahkan orang untuk mengangkatku. Thats why aku buat semua ini sekarang, as a preparation for my future. Sebab aku tahu, aku akan jalani hidup sendirian tanpa ada teman sepert insan lain yang sempurna.’ Hati kecilku berbisik.


Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini amat meletihkan bagiku. Walhal ini bukan kali pertama aku berada dalam bas. Segala urat sarafku terasa pedih, ketat dan macam-macam rasa yang membuatkan aku tidak selesa. Penghawa dingin yang dipasang dalam bas membuatkan aku merasa bagai angin sejuk menyelinap masuk ke setiap rongga badanku, di setiap ruang romaku. Tubuhku hampir menggigil, namun ku kuatkan supaya aku lebih kelihatan tegar seperti biasa. Sememangnya aku kalah dengan sejuk. Lalu aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata, menunggu fajar pagi menyising kembali.


Kira-kira jam melewati 7 pagi, rombongan kami sampai di perhentian rehat dan rawat Temerloh. Semua diarahkan turun untuk membersihkan badan. Aku meggeliat sehabis mungkin, cuba melonggarkan urat sarafku yang terasa ketat tadi. Semua penumpang turun, bagaikan itik jumpa air, mana tidaknya, berjam-jam berada dalam bas, tubuh terasa melekit. Sekali lagi aku menyusahkan seorang hamba Allah berhati murni yang mengangkatku turun dari bas.


Setelah semuanya selesai, kami meneruskan kembali perjalanan ke Kuala Lumpur. Badanku terasa sedikit segar selepas mandi. Tidak jauh meninggalkan kawasan rehat dan rawat Temerloh, bas yang kami naiki mengalami masalah tayar bocor. Hampir sejam semua penumpang menunggu dalam bas memberi ruang kepada pemandu untuk menggantikan tayar lain. ‘Berapa banyak punya dugaan daa.’ Monologku sendiri sambil ketawa kecil dalam hati. Aku mengambil keputusan untuk menyambung tidurku kembali daripada menunggu dalam bas tanpa melakukan sebarang aktiviti.


Brek bas mengejutkan tidurku. Bas sudah bergerak rupanya. Aku memandang keluar tingkap, kini kami sudah mula memasuki kawasan Kuala Lumpur. Aku seperti terdengar ada bunyi dendangan muzik keroncong dari perutku. Terasa memulas-mulas dan sakit hingga naik ke kepala. ‘Gastrikku datang lagi.’ Aku terinagat yang aku mengambil sebungkus nasi lemak dan air milo pagi tadi sebagai alas perut. Sepatutnya aku tidak boleh mengambil makanan berat pada waktu pagi, cukuplah sekadar roti dan susu sebelum aku masuk ke kuliah. Aku menekan-nekan perut dan cuba menahan kesakitan. Batinku mula menjerit. Namun aku masih berlagak biasa.


Rombongan kami tiba ke destinasi di Kota Damansara hampir tengah hari. Sekali lagi aku terpaksa ‘menyusahkan’ insan-insan di sekelilingku untuk mengangkatku turun.


Dewan seminar yang dipenuhi ratusan peserta cukup membuat aku teruja. Suara lantang penceramah di hadapan membuatkan aku tidak terfikir lansung untuk ‘berpatah kembali’. Jeritan dan laungan semangat dari para peserta membangkitkan semangat aku. Walau dalam suasana yang penuh bingit, aku merasa jantungku yang selalunya lemah mula berdegup kencang. Aku beristighfar dan mengucap syukur ke hadrat Illahi dalam hati. ‘Ya Allah, ssesungguhnya ini suatu keajaibanMu. Hamba ini amat bersyukur. Aku bersama yang lain terus menerus melaungkan kata-kata semangat dan sorakan kuat sehingga dewan yang penuh dengan kelengkapan penghawa dingin terasa panas sekali. Aku kini berada di celahan manusia-manusia yang positif pemikirannya. Terasa aura positif itu menyelinap masuk laju ke setiap salur darahku.


Selesai sesi seminar, malam itu aku bersama group pemburu impian dari eastern region. Melihat laungan semangat dari leader-leader yang suara semakin serak akibat terlalu banyak bersorak semangat, semakin aku merasa bersemangat. Seolah-olah aku mengambil sedikit semangat mereka masuk ke dalam diriku. Kemudian Cik Fahdi menjemput semua pesrta di bawah rangkaian beliau untuk ke hadapan. Abang Amir membantu aku menolak kerusi rodaku kehadapan. Kami semua melaungakn kata-kata semangat sambil diberi tepukan dan sorakan dari pesrta lain. kemudian sekali lagi semangatku dibakar oleh seorang insan yang ku anggap mentor, Cikgu Fazli Fauzi yang membakar semangat peserta lain dengan menjadikan aku, insan serba kekurangan, yang diistilahkan tiada kaki mampu melakukan, mengapa tidak yang lain. Aku kini berada di hadapan para peserta yang lain dan diberti tepukan gemuruh oleh mereka. Terasa diri ini dihargai, walaupun aku sering dipandang serong oleh mereka yang tak punya perasaan. Semangatku terasa benar-benar dibakar. Dan aku sangat bersyukur kerana tepukan dari peserta lain ku anggap sebagai satu penghargaan yang tak tak terkira besarnya. MasyaAllah!


‘Disini aku diberi penghargaan, sedang ramai di luar sana yang mengejekku kerana kekuranganku dan keterbatasanku. Subhanallah. Cukup indah percaturan yang telah kau tetapkan pada hambaMu ini, Ya Allah.’ Tak putus-putus kesyukuran ku panjatkan pada Yang Esa.  


Masa berlalu tak kurasa. Andai aku terpaksa berada dalam dewan 10 jam lamanya lagi, aku sanggup.


Aku tertarik dengan pertanyaan Cik Zakuan, “Apa perasaan Najihan sekarang? Berbaloi tak dengan bayaran yang Najihan keluarkan?” Aku tersenyum lalu menjawab dengan penuh yakin, “Saya dapat semangat baru disini. Dengan bayaran yang telah saya keluarkan, saya rasa sangat berbaloi. Saya sedikitpun tidak menyesal. Memang rugi bagi mereka yang memberi seribu alasan untuk tidak hadir ke seminar sehebat ini.” Aku membayangkan beberapa orang rakanku yang sama-sama menyertai program ini, tapi tidak mengikuti seminar kali ini. Kemudia Cik Zakuan menambah. “Andai bayarannya RM 200, adakah Najihan masih mahu mengikuti seminar sebegini?” Aku masih tersenyum sambil menjawab, “Ya, saya akan hadir, kerana saya yakin, saya boleh capai impian saya lebih dari apa yang saya bayar hari ini.” Senyumku penuh keyakinan bukan lagi senyuman hambar dan tawar yang selalu ku lemparkan kepada sesiapa yang sering memandang serong terhadap kecacatanku. Namun tetap sahaja aku membalas dengan senyuman. “Hebat Najihan!” Tiba-tiba suara Cik Mohd Noor mengalihkan pandanganku. Cik Mohd Noor sememangnya aku kagumi kerana semangat beliau yang tak putus-putus sehingga membangkitkan semangatku yang ‘sekejap bangun, sekejap duduk’. Ayat-ayat motivasi yang selalu dikirim beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) selalu membangkitkan semangatku tatkala aku hampir layu.


Kira-kira jam 2 pagi, aku dan rombongan akan bertolak kembali ke Kelantan. Aku pulang menaiki kereta Cik Khairin kerana Abang Amir punya urusan keesokan harinya. Aku bersyukur, kerana aku mampu berpindah dari kerusi roda ke kereta tanpa bantuan orang lain.


Dalam perjalanan pulang, aku mencongak-congak dalam fikiran. Sememangnya aku tidak merasa rugi mengikuti seminar ini. Dua kali aku bertemu dengan Puan Adrina, iaitu orang kuat EDATA, dua kali aku dipeluk oleh beliau. Terasa aura seorang jutawan masuk ke seluruh sistem sarafku. Aku bertekad yang suatu hari nanti aku akan menjadi sperti beliau. Dan aku tidak merasa sesal atau kesal walaupun baki akaunku hanya tinggal RM 71, kerana aku yakin, suatu hari nanti, dua angka tersebut akanku tukarkan kepada lima angka, sehingga mencecah tujuh angka. InsyaAllah. Aku tersenyum sendiri kemudian tertidur..


HEBAT!!!!!!








No comments:

Post a Comment