Tuesday 27 December 2011

Teruskan, Jangan Pernah Mengalah

Assalamualaikum..

Berkali jatuh, tak semestinya kita selalu di bawah. Masih ada kesempatan untuk kita bangun dan teruskan melangkah. Sememangnya hidup ini tak seindah lakaran di kaca tv, hidup ini realiti. Apa yang terjadi hari ini, mampu kita ubah untuk hari esok. Andai hari ini kita melakukan kesilapan, harapnya janganlah kesilapan sama diulang untuk hari esok.

Segalanya telah dirancang olehNYA, pemilik alam semesta ini. Dan yakinlah bahawa Dia tak akan sesekali menzalimi hambanya. Beruntunglah bagi mereka yang mensyukuri, dan merugilah bagi mereka yang mengufuri.

Kadangkala apa yang kita inginkan, kita tak dapat. Jangan pernah bersedih, kerana mungkin Allah ingin memberi kepada kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan itu. Perancangan Allah itu mengandungi hikmah tersendiri yang tak mampu terjangkau dek fikiran kita manusia. Dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua.

Kadangkala kita merasa kita tahu apa yang kita ingin. Tapi Allah tak memberinya itu kepada kita, kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu sebenarnya.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik terhadapNYA.

1 comment: