Sunday 27 January 2013

Jihan Dalam Kenangan

Assalamualaikum..

Mungkin entry kali ni berbunyi agak pelik, Jiey sendiri pun tak tahu apa jie nak tulis. Tapi apa yang boleh jie katakan, "Jihan dalam kenangan"

Time jie masuk sekolah rendah dulu, semua member panggil jie Najihan.Kira full name la tu. Bila naik Sekolah menengah, entah kenapa ada member yang start panggil jie "Jihan". Nak lagi best, ikut loghat kelate,      jadi "jihe'.. Buruk bunyi tu. Hehehe.. Rasanya Tira yang start panggil jie Jihan.

Start form 2, bermula episod cinta "jihan-Ji..." (nama sebenar dirahsiakan) Time tue memang famous jie digelar Double J, Duoble G, G2 dan byk lagi lah. Jie selesa dengan nama tue. Kemana jie pergi, mesti orang selalu mention, Jihan mana? jihan gf Ji... Ji.. mana? Ji.. bf Jihan.. Macam couple of the year la time tue. Tapi study tetap menjadi keutamaan jie..
"jiwang, jiwang jugak,
pelajaran jangan lupa,
sekali sekala tak pe.."hehehe

Waktu tu jie siap digelar Mama He, Papa .. Macam-macam la budak-budak ni. Siap Amir jai adik jie, panggil Kak long siap. hehe

Tapi semua tuedah lama berlalu, masih segar dalam memori. Masih merindui Ji... walau dia dah tak ada. Jie terima 'pemergiannya' dari hidup jie. Jie harus teruskan melangkah walau dia sudah tiada. hanya kenangan bersamanya menjadi memori terindah dalam hidup jie.

Bila teringatkan kenangan lepas, jie sedih tapi hakikat harus jie terima. Hidup ni tak seindah lukisan yang terlakar di kaca tv. Jie harap jie boleh mulakan hidup baru, lembaran baru 2013, dan tutup kamus derita lalu.. Sekarang jie selesa dengan panggilan Najihan aka Jie..
Seperti Jie katakan, jie tak mahu panggilan Jihan sebab ia mengingatkan jie pada Ji...

Please call me Najihan or Jiey

Sunday 13 January 2013

Segalanya Baru

Melepaskana apa yang telah kita pegang bukanlah sesuatu yang mudah. Kita sedih untuk melepaskannya, namun kadang-kadang kita terlupa bahawa 'ia' bukan milik kita. Jadi, mengapa harus sedih?

Seperti aku, mencintai seseorang mungkin hak aku, tapi mengharapkannya mencintai aku sebagaimana aku mencintainya bukanlah hak aku. Tiba masanya, aku terpaksa melepaskannyan pergi dan menerima hakikat yang, dia bukan milikku. Aku tak berhak keatas dirinya. Tapi aku tak boleh tipu hati ak yang memang aku sedih melepaskannya setelah skian lama mencintainya...