Thursday 5 January 2012

Semangat Baruku, Nafas Baruku


Assalamualaikum..

“sesungguhnya Allah itu tidak menzalimi hambaNya.”

Itulah sebaris kata yang selalu ku bisikkan di hatiku supaya aku lebih tegar dalam menghadapi hidup yang penuh onak duri tajam dan ombak deras yang selalu membuat aku terumbang ambing di perjalanan.

Dia pernah berikan kebahagiaan dan kebebasan kepadaku. Kemana sahaja kau bisa bergerak, bisa berlari lincah, namun kini tidak lagi. Semua hanya tinggal memori. Mungkin kerana aku terlalu ‘lincah’ dahulu, Tuhan sekat pergerakanku kini. Semujanya ada hikmah tersembunyi yang tak dapat ditafsir manusia biasa. Mungkin jika sekarang aku masih lagi seperti dahulu, entah kemana aku berada kini.

Selepas aku sakit, semangatku terus down. Bagiku duniaku bagaikan gelap gelita, tiada lansung ruang untukku bernafas. Apa yang selalu bermain di fikiranku tika itu, ‘Alangkah lebih baik andai aku mati’. Sesekali aku terfikir kini, ‘Ya Allah, aku telah mengufuri nikmatMU, ampunkan dosa hambaMu ini.’

Prinsipku, peluang takkan datang tanpa dicari. Kerana itu aku lincah dahulunya mencari ruang peluang. Namun takdir Tuhan tidak berpihak kepadaku. I found nothing these time.

Kini di saat aku hampir berputus asa, hadirnya peluang tanpa dirancang, tanpa kucari. Inilah uniknya nikmat Allah kepada hambanya. ‘Ya Allah, terima kasih kerana memberiku ruang untuk terus bernafas. Sesungguhnya ini nikmatMu yang tak terduga. PadaMu aku bersujud.’

Akanku gunakan peluang ini sebaik mungkin dan semampuku. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka-mereka yang positif pemikirannya, yang sudi memberiku ruang, dan  banyak membantu diri ini.

Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya ini sesuatu yang tak dirancang. Namun semua ini nafas baru dalam hidupku.

“Apa yang kita rancang tak semestinya menjadi kenyataan. Kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita. Kerana Allah mengetahui setiap sesuatu. Dan apa yang terjadipadaku, tak pernahku salahkan takdir. Kerana aku yakin, Sesungguhnya Tuhan tidak membebani hambaNya melebihi kemampuan hambanYa. La yukallifullahu nafsaan illa wus a’ha.’
penuh bergaya Cik Mhd Noor...
Bez gak dpt ambik gmbr tnpa d sedari mrka..
Bersama semua manusia yg positif


No comments:

Post a Comment