Monday 25 February 2013

Segenggam Tabah

Assalamualaikum..
'Hidup harus diteruskan, walau cubaan datang bagai menggila'.. Itulah antara kata-kata peransang untuk aku terus hidup hari ini. Meski pelbagai rintangan datang di sepanjang perjalananku, namun ku harus tegarkan kaki untuk terus melangkah. Pernah dulu aku katakan, 'hidup tanpa dugaan bagaikan tiada warna-warni sebuah kehidupan.' 'Andai tiada sebarang cabaran dalam mendapatkan sesuatu, tentu tiada rasa nikmat bila memilikinya.'
Cabaran menduga, meninggalkan duri tajam di sepanjang perjalanan hidupku. Kalau tak pernah rasa sakit pijak duri tajam, kita takkan tahu, betapa tajam duri itu. Apa yang ada depan mata tak sama apabila kita merasainya sendiri.
Ombak menggunung datang menerkamku, harusku kuatkan diri mengharunginya. Ranjau pedih menantiku, harus ku tabah melaluinya. Apa yang ku ada kini sebagai persiapan untukku melalui semuanya hanyalah segenggam tabah yang dipinjamkan Tuhan kepadaku..
 

 

Wednesday 6 February 2013

Segalanya ada hikmah

Assalamualaikum..

Semua episod kehidupan yang pernah jie lalui, walaupun ada yang menyakitkan, bagi jie, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya tersendiri yang tak diketahui manusia. Allah itu maha Arif dalam menilai. Salah satu hikmah yang jie dapat, ialah jie dapat kekuatan dari kejatuhan semalam..

Jie bangkit atas kejatuhan semalam. Jie tetap cuba mengukir senyum walau dalam hati menangis, tak ada orang tahu...

Walau apapun yang terjadi, hidup harus diteruskan..LIFE MUST GO ON..

Jie yakin ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian..