Thursday 28 March 2013

Warna-warni kehidupanku..





Inilah sebahagian warna-warni hidupku..Najihan Ahmad

Hidup Ini

Assalamualaikum..


Hidup bagaikan roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita bersedih. Itulah hakikat kehidupan. Takkan ada manis selepas pahit dirasa. Takkan ada ketawa selepas tangisan membasahi bumi. Aku redha. Bagi aku, pengalaman adalah guru terbaik dalam mengajar kita erti kehidupan. Dan kesilapan adalah salah satu cabang pelajaran supaya kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

Tapi jangan jadikan hidup ini sebagai satu perjudian. Jadikan hidup ini sebagai landasan untuk kita lebih mnegenali diri sendiri. Adakalanya kita melihat rumput di bumi bagaikan hina, dipijak-pijak manusia, lantas kita memandang langit nan tinggi sebagai mulia, tertegak di atas sana. Tapi apa yang kita fikirkan kadang-kadang bertentangan dengan hakikat sebenarnya.

Hidup tak seindah lukisan potret yang terlakar di kaca, tapi hidup adalah realiti. Selagi dengup nadi masih bernyawa, jangan pernah berhenti berharap, sehinggalah ajal datang menjemput pergi. Tatkala itu, semuanya tinggal kenangan...

-JIEY-

Monday 25 March 2013

Takdir


Kata orang, kalau perempuan cari lelaki, tak ubah seperti perigi cari timba. Kalau perempuan lamar lelaki, jatuh maruah perempuan. Sedang mereka lupa, Saiditina Khadijah dulu melamar Rasulullah sebagai suaminya. Itu perkara sunah. Itu perkara mulia

Seperti aku, aku bukan perigi mencari timba, kerana sememangnya timba it dulu yang dating mendekat, Cuma menjauh kini kerana keadaan. Keadaan mengejar cita-cita, bukan keadaan zahir. Aku lebih kenal dia.

Aku hanya wanita biasa, yang tak sebijak Haizum, tak selincah Azwina, tak selawa Siti, tak sekaya Amirah juga tak sesopan Asnida. Aku hanya aku, dan hakikat itu telah aku lebih dari mengerti. Namun dia tetap memilih aku. Kerana apa?

Dia hanya lelaki biasa, yang tak sebijak Amir, tak selincah Asyraf, tak sehandsome Hakimi, tak sekaya Salahudin. Tapi yang pasti tak seteruk geng mamat. Aku tetap memilih dia. Kerana apa? Jawabnya kerana TAKDIR..

~KENANNGAN MATM 2006.~

Saturday 23 March 2013

Yang Indah Hanya Sementara

Assalamualaikum..

Tidurku dikejut dengan bunyi deringan telefon. 'mak aih, hampir pukul satu, berat kepala nak bangun. Siapa pula telefon ni?' omelku sendirian sambil tangan mencari-cari telefon bimbit milikku.
Terpana seketika tatkala meneliti nama pemanggil di skrin telefon. 'Apsal pula Jikie call? Kantoi aku baru bangun. Anak dara jenis apa la'.

"Awak pergi tak rumah saya?" Jelas suara Razikki di cuping telingaku.
"Tak tahu lagi. Kenapa?" Soalku berbaur mamai.
"Kalau nak pergi, pergi je lah, kenal family saya. Kalau awak tak nak pergi pun, suka hati awak la. Tapi.."

Aduh, nak lawan mulut dengan Razikki, memang tak kan menang. Bukan aku tak kenal perangai dia, angin dia tak menentu. Kalah perempuan. Aku lantas bangkit dari lena pembaringan, melihat kelibat teman sebilikku masih dibuai mimpi. 'Tau la hari minggu, agak-agak la nak tidur pun, matahari dah tegak atas kepala. Nak kata letih buat assignment, tak juga.' Bisikku sendirian

"Mia, temankan Jie ke rumah kawan sekejap. Petang-petang nanti kita balik sini." Aku mengejutkan teman sebilikku yang masih terbaring atas katil.
"Kat mana?" Ringkas pertanyaannya.
"Area Tanah Merah.Bukan jauh pun. Jom lah."
"Huurm.. malas la Jie. Sori."
'Hampeh punya member. Tidur la Korang sampai esok pagi. Time korang terlepas bas, kereta aku jugak korang tumpang. Time aku minta tolong, haram. Hisyy..' omelku sambil menuju ke bilik air


Melalui simpang Salor, aku mula memecut. Keadaan jalan yang tak sibuk membuatkan perjalanan terasa selesa. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. 'Agak-agak 4.30 sampai kot.'

Sampai di tengah bandar Tanah Merah, aku mengerling ke arah jam dalam kereta yang menunjukkan pukul 4.11 petang. 'Bulan lepas aku datang jumpa Najibah, perjalanan sejam. hari ni tak sampai sejam. Maunya tak, pecut 120-140kmj. Confirm kalau Nuar tau dia marah. Hahaha..' tergelak kecil aku sendirian. Kini misi mencari rumah Razikki. 'Peta' yang diberikan dia pun tak jelas, maklumlah cuma melaui telefon. Aku pula tak familiar dengan bandar Tanah Merah. No wonder la aku orang Pasir Mas..

Misi mencari rumah Razikki akhirnya berakhir kira-kira 20 minit aku sesat entah kemana. Aku pun tak pasti.. Kedatanganku disambut baik oleh adiknya. Kemudian kelibat emaknya datang menghampiri. Tiba-tiba aku diserang rasa gugup seluruh tubuh. Ini bukan mimpi, ini kenyataan. Aku kini berada betul di hadapan rumah bersama ibu paba kepada seseorang yang.. ah, no komen.
'Maunya tak gugup. Ni kalau Razikki ada bersama menyambut kedatanganku, maunya luruh jantung aku.'

"Budak perempuan yang pakai tudung pink tu, adik Jikie. Nama dia Nursyuhada Rosli. lelaki yang hantar dia tadi tu ayah dia, dengan kata lain, ayah Jikie" Terang Siti.
"So?" Soalku bersahaja tak menunjukkan minat untuk mengetahui walhal hakikatnya aku teramat sangat mengetahuinya'
"Control la Nor, adik ipar tue." Celah Wina sambil terbahak-bahak.
"Woi, bangang!" Aku menyiku Wina yang berada di sebelahku. Kalau nak bergurau pun agak-agak la, tengok tempat. Kat pusat tuisyen, orang ramai. Kalau kat rumah sewa ok jugak, xde orang.
Ah, semua tu tersisip kemas memori Tuisyen Cempaka, PMR 2006.

Sapaan Sue, adik Razikki menghalau lamunanku. Aku memakir kereta berdekatan dengan khemah yang di pasang di hadapan rumahnya.
Sue kini menjadi teman bualku. Layanan ibu bapanya terhadap aku juga baik. Tipu la kalau aku katakan yang aku tak segan dan tak malu dengan keluarga Razikki, lebih-lebih lagi dengan mak dia. Bukan aku tak tahu, semua benda tentang aku diceritakan pada emak kesayangannya. Anak mak betul lah! Aku pula rapat dengan arwah abah. So kira matching la. Hahaha..

Sebelum pulang ke kolej, sempat aku mengambil gambar bersama keluarga Razikki. Sekadar untu kenangan. Kenangan bersama...

Perjalanan pulang ke kolej tak 'selincah' tadi. Aku melayan angin malam bersama lagu-lagu terpasang di radio. Senyuman melebar, entah terkena sawan. Hahaha.

bersama sue, adik Jikie

Bersama ibu ayah Jike..

Tapi bak kata pepatah, yang indah hanya sementara. Yang indah hanya mimpi dan mimpi akan ilang setelah bayu pagi mencium pipi, lantas aku harus tinggalkan mimpi tersebut dan merangkak-rangkak di padang realiti, mencari kehidupan abadi..

Apa yang terjadi itu bersebab. Takkan mungkin pokok bergoyang andai tiada angin datang menjamah. Daan setiap apa yang berlaku, ada kesannya, ada hikmahnya. Seperti jua perkenalan aku dan Jikie yang famous dengan Ghan_Gkie, aku sendiri tak tahu di mana penghujungnya. Tak semua yang kita damba, bisa kita dapati. Aku tak henti-henti berdoa agar diberi yang tebaik untuk hidup aku, tapi aku sendiri pun tak tahu.
Apakah semua ini hanya kan tinggal kenangan buatku, kenangan terindah dalam hidupku yang kan ku bawa hingga akhir nyawa ini? Waallah Wa'lam Bissawab..

The Reason


I not a perfect person,
There many thing I wish I didn’t do
But I continue learning

I never meant to do those thing to you
So I have to say before I go
I just want you to know

I’ve found a reason for me,
To change who I used to be,
A reason to start over new.
And  the reason is you..

I’m sorry that I hurt you,
It is something I must live with everyday,
And all the pain I put you through,
 I  wish that I could take it all away,
And be the one who catches all your tear,
That’s whay I want you to hear

I’ve found a reason for me,
To change who I used to be,
A reason to start over new.
And  the reason is you..

I’ve found the reason  to show,
A side of me, you didn’t know,
A reason for that all I do, reason is you...

Monday 11 March 2013

Duhai Hati..

Assalamualaikum..

Hari demi hari berlalu, tanpa pernah terlewat walau seminit, membekaskan memori terlakar di hati, lantas menjadi parut yang bisanya tak tersembuh dek kilauan penawar...

Dikala sendiri, hati membisikan kerinduan, kerinduan pada kejauhan, nan jauhnya tak busa tergapai dek tangan. Hati berbicara, setelah sekian lama kesepian tanpa teman, ingin mencari teman, pendamping diri tika diri dihujani tohmahan bisa.
Hati meronta, tak ingin lagi terus menjadi pungguk yang setia menanti bulan tanpa tara, sedang bulan entah di mana, entahkan hadir, entahkan tidak.

Hati mendamba, dambakan seseorang nan bisa ada tatkala susah dan senang, tatkala diri tak punya tempat lagi untuk bergantung.
Hati mngungkap, ungkapan cinta yang pernah di tabur dahulu, yang kini hanya menjadi abu arang berhembusan ditiup angin. Pergi meninggalkan tanpa sebarang kesan.
Hati menidakkan, memori cinta duka jauh dibuang, seolah-olah ianya tak wujud, walhal ia pernah bertandang dan menjadi sebahagian dari kisah kehidupan..

Hakikatnya, aku selalu memujuk hati sendiri, bersabarlah..

Wahai hati, walau kau merinduinya, kau kesepian, kau tak ingin lagi jadi penunggu, kau mendambakan kehadiran seseorang, kau merindui ungkapan cinta luka, kau cuba menafikan, realitinya, kau adalah sesuatu yang terlalu rapuh untuk berbicara, terlalu lembut untuk diungkap,, dan kau adalah penguasa diri ini, duhai HATI..

Kupujuk hati,
supaya mengerti,
dan sabar menanti,
suatu hari pasti..

-JIEY-