Saturday 31 December 2011

Masa yang Berlalu..


Assalamualaikum..

Sepanjang hidup kita,bisakah kita mengira berapa banyak amal yang kita lakukan? Berapa banyak dosa yang telah terlepas pandang kita terbuat? Tentu sekali tak mampu. Namun semua ini bukan penyebab untuk kita berasa lemah. Seberapa banyak pahala kebaikan yang kita lakukan, Allah telah mengira termasuk yang terniat di hati. Alhamdulillah. Dan seberapa banyak kejahatan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi, taubat yang sebenar-benar taubat, ‘Taubatan Nasuha’, InsyaAllah, Allah itu kan Maha Pengampun.

Kita menusia punyai keinginan yang tak terbatas. Tapi kita tak mampu untuk laksanakna semua keinginan kita sekali gus. Mungkin ianya perlukan masa. Namun masa kita terhad. Allah berikan hanya 24 jam kepada setiap manusia, tidak mengira dia Menteri, Dato’, hatta si fakir miskin jua. Kadangkala kita tidak melakukan sesuatu kerana alasan masa tak mengizinkan.

Masa itu emas. Masa yang berlalu tak bisa diputar kembali. Semalam telah pun menjadi memori untuk hari ini. Dan hari ini juga akan menjadi memori untuk esok dan seterusnya.

Masa merapatkan hubungan kita dengan Allah, dan masa juga boleh menjauhkan kita denganNya. Jika masa digunakan sebaik mungkin dengan melakukan ibadat kepadanya, belajar, mahupun bekerja ikhlaskan niat keranaNya serta melakukan ibadat wajib dan sunat di satu pertiga malam, sujud tahajud kepadaNya, besar ganjaran menanti. Hubungan kita dengan Allah menjadi rapat. InsyaAllah Dia akan permudahkan urusan harian kita bila kita menjaga hubungan bqaik denganNya.

Namun andai masa yang diberi Allah kita buang dengan sengaja, iaitu melakukan sesuatu yang boleh menjauhkan diri kita denganNya, melakukan maksiat samaada yang besar atau kecil, melakukan dosa samaada secara zahir atau batin, maka kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sangat rugi.

Kesibukan duniawi tak boleh dijadikan alasan untuk kita melupakan ibadat dan persiapan ukhrawi kita. Di sana, tempat pengakhiran segala urusan dan tempat ‘kediaman’ kita yang abadi.

2011 telah berlalu, wajah 2012 pula menjelma. Sudahkah kita capai apa yang kita inginkan pada 2011? Andai belum, tanamkan azam yang lebih jitu di 2012. Andai merasa diri belum cukup amal denganNya, maka perbanyakkanlah amal jariah.

Setiap yang berlaku, ada hikmah tersembunyi tanpa kita sedari. Ayuh bangkit, terus bangkit dan usah lagi terlena dibuai mimpi dunia yang nyatanya hanya palsu dan semu semata-mata.

Iltizam baru dan nafas baruku di 2012. insyaAllah..  

Tuesday 27 December 2011

Teruskan, Jangan Pernah Mengalah

Assalamualaikum..

Berkali jatuh, tak semestinya kita selalu di bawah. Masih ada kesempatan untuk kita bangun dan teruskan melangkah. Sememangnya hidup ini tak seindah lakaran di kaca tv, hidup ini realiti. Apa yang terjadi hari ini, mampu kita ubah untuk hari esok. Andai hari ini kita melakukan kesilapan, harapnya janganlah kesilapan sama diulang untuk hari esok.

Segalanya telah dirancang olehNYA, pemilik alam semesta ini. Dan yakinlah bahawa Dia tak akan sesekali menzalimi hambanya. Beruntunglah bagi mereka yang mensyukuri, dan merugilah bagi mereka yang mengufuri.

Kadangkala apa yang kita inginkan, kita tak dapat. Jangan pernah bersedih, kerana mungkin Allah ingin memberi kepada kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan itu. Perancangan Allah itu mengandungi hikmah tersendiri yang tak mampu terjangkau dek fikiran kita manusia. Dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita semua.

Kadangkala kita merasa kita tahu apa yang kita ingin. Tapi Allah tak memberinya itu kepada kita, kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu sebenarnya.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik terhadapNYA.

Sunday 25 December 2011

Langkah Bermula..

Assalamualaikum..

Setiap hari yang dilalui adalah satu nikmat kurniaanNYA kepada kita. Cuba bayangkan, kita tidak dapat membuka mata lagi untuk hari ini, tak mampu lagi mengangkat tangatn untuk bersyukur kepadaNYA, tak mampu lagi bernafas, hari iyu, kita adalah sekujur badan yang sudah tidak bernyawa. Sedang semalam kita telah melakukan dosa, belum sempat kita memohon maaf dariNYA, kita telah pun diambil untuk kembali ke tempat 'istirehat' abadi di sana.. Bagaimana..

Saya bersyukuyur dengan apa yang saya ada, walau tak sempurna seperti yang lain. Kita manusia tak pernah sempurna.

Syukurlah nikmat terbesar yang Allah berikan kepada kita, iaitu nikmat IMAN & ISLAM..