Monday 27 August 2012

Membiarkan lebih baik dari memaksa untuk mengingati..

Membuat keputusan adalah sesuatu yang bukan mudah untuk aku. Apatah lagi dalam keadaanku kini. Hampir 50% ingatanku hilang. Aku harus memulakan hidup baru, menjalani apa yang ada di hadapanku, tanpa menoleh lagi ke belakang, tanpa mengingati masa laluku yang penuh kelukaan.

Namun putaran hidup, adakalanya kita di atas, dan adakalanya pula kita di bawah. Adakalanya kita bahagia, dan adakalanya kita berduka. Sebagai manusia biasa, kita takkan terlepas dari di uji. Cuma setiap manusia akan diuji berbeza mengikut kemampuannya..
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"... Sebaris ayat yang selalu menemani hidupku, yang membuatkan aku yakin akan qada' dan qadarNya..

Aku seperti baru bangun dari tidur yang panjang, lantas merangkak-rangkak mencari identiti diri yang telah hilang. Tapi itu semua bukan mudah bagi diriku. Jadi aku putuskan, untuk tempuhi apa yang di hadapanku. Apa yang pernah ku lalui dulu, biarkan berlalu.

Insan yang dikatakan pernah rapat denganku, Adawiah dan Amirudin, aku tak rasa pun yang aku rapat dengan mereka. Aku lansung tak boleh mengingati mereka walau aku mencuba sedaya.
Adawiah, seorang perempuan, mungkin aku pernah rapat dengannya, tapi aku lansung tak dapat mengingatinya.Mustahil aku tak dapat mengingati insan-insan yang dikatakan rapat denganku. Seperti Aisyah Ismail Shauki, kawan dari mahad perempuan,4 Akaun 1, walau terpisah bertahun-tahun, aku masih dapat mengingatinya. Aminatul Zahrah, kawan dari mahad ahmadi tanah merah, masih lagi kawan aku sampai ke hari ini. Mardiatul Azira, kawan dari SKRP(Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang), dari terpisah sewaktu sama-sama melanjutkan pelajaran ke alam menengah, aku ke sekolah arab dan dia ke SMKRP, masih lagi bersahabat seperti biasa, dan baru-baru ni aku beraya ke rumah dia.. Itu antara bestfriend aku yang aku dapat ingat. So, Adawiah tak ada dalam list kepala otak aku..

Amirudin, seorang lelaki, katanya abang angkat aku. Walaupun aku tak kenal diri aku sendiri, tapi apa yang aku tahu, AKU BUKAN MUDAH DENGAN MANA-MANA LELAKI. Nak main angkat berangkat, hisy,, itu bukan aku la. Apatah lagi aku diberitahu yang Amirudin banyak tahu tentang diri aku, dia lebih kenal aku berbanding diri aku sendiri. Takkan la aku sewenang-wenagnya menceritakan tentang kisah hidup aku pada seorang lelaki yang bukan muhrim denganku, melainkan,, kalau aku ada hati pada seseorang itu.

Aku pernah ada hati pada Amirudin, sebab itu aku menceritakan banyak kisah hidupku pada dia? Mungkin ya, mungkin juga tak. Aku tak boleh ingat. Tapi apa yang aku rasa, memaksa ingatanku untuk mengingatinya membuatkan aku rasa pedih. Lantas aku putuskan untuk tidak mengingati beliau. Biarpun dikatakan aku pernah rapat dengannya, pernah menjadi adik angkat beliau, biarkan ia berlalu begitu saja.

Tiada istilah RAPAT antara aku dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi nak berabang angkat, adik angkat, hisy, geli kot. Aku pernah patah hati bila melihat orang yang aku suka dalam diam berbahagia kini bersama pilihannya. Kerana itulah aku tak mahu rapat dengan mana-mana lelaki, kerana setegar-tegar aku pun, bisa lumpuh dengan perasaan. Tapi itu dulu. Kini tiada lagi ruang di hati aku, tertutup kemas..

Aku terima apa adanya, walau bukan inginku.. (Bersambung ke entry seterusnya)

Sama seperti Adawiah, aku tak dapat mengingatinya, dan aku tak mahu memaksa ingatanku untuk mengingatinya. Lets bygone be bygone...

Aku ingin bebas, melayari hidup kini, tapa memori lepas..


Aku selesa dengan penampilan aku kini, bertudung labuh, lebih baik dari 'aku' dulu...