Saturday 31 December 2011

Masa yang Berlalu..


Assalamualaikum..

Sepanjang hidup kita,bisakah kita mengira berapa banyak amal yang kita lakukan? Berapa banyak dosa yang telah terlepas pandang kita terbuat? Tentu sekali tak mampu. Namun semua ini bukan penyebab untuk kita berasa lemah. Seberapa banyak pahala kebaikan yang kita lakukan, Allah telah mengira termasuk yang terniat di hati. Alhamdulillah. Dan seberapa banyak kejahatan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi, taubat yang sebenar-benar taubat, ‘Taubatan Nasuha’, InsyaAllah, Allah itu kan Maha Pengampun.

Kita menusia punyai keinginan yang tak terbatas. Tapi kita tak mampu untuk laksanakna semua keinginan kita sekali gus. Mungkin ianya perlukan masa. Namun masa kita terhad. Allah berikan hanya 24 jam kepada setiap manusia, tidak mengira dia Menteri, Dato’, hatta si fakir miskin jua. Kadangkala kita tidak melakukan sesuatu kerana alasan masa tak mengizinkan.

Masa itu emas. Masa yang berlalu tak bisa diputar kembali. Semalam telah pun menjadi memori untuk hari ini. Dan hari ini juga akan menjadi memori untuk esok dan seterusnya.

Masa merapatkan hubungan kita dengan Allah, dan masa juga boleh menjauhkan kita denganNya. Jika masa digunakan sebaik mungkin dengan melakukan ibadat kepadanya, belajar, mahupun bekerja ikhlaskan niat keranaNya serta melakukan ibadat wajib dan sunat di satu pertiga malam, sujud tahajud kepadaNya, besar ganjaran menanti. Hubungan kita dengan Allah menjadi rapat. InsyaAllah Dia akan permudahkan urusan harian kita bila kita menjaga hubungan bqaik denganNya.

Namun andai masa yang diberi Allah kita buang dengan sengaja, iaitu melakukan sesuatu yang boleh menjauhkan diri kita denganNya, melakukan maksiat samaada yang besar atau kecil, melakukan dosa samaada secara zahir atau batin, maka kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sangat rugi.

Kesibukan duniawi tak boleh dijadikan alasan untuk kita melupakan ibadat dan persiapan ukhrawi kita. Di sana, tempat pengakhiran segala urusan dan tempat ‘kediaman’ kita yang abadi.

2011 telah berlalu, wajah 2012 pula menjelma. Sudahkah kita capai apa yang kita inginkan pada 2011? Andai belum, tanamkan azam yang lebih jitu di 2012. Andai merasa diri belum cukup amal denganNya, maka perbanyakkanlah amal jariah.

Setiap yang berlaku, ada hikmah tersembunyi tanpa kita sedari. Ayuh bangkit, terus bangkit dan usah lagi terlena dibuai mimpi dunia yang nyatanya hanya palsu dan semu semata-mata.

Iltizam baru dan nafas baruku di 2012. insyaAllah..  

No comments:

Post a Comment